Mesyuarat Pertama Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2020

16 Mac 2020 - 17 Mac 2020

282) PENGLIBATAN PKNS DALAM PEMBANGUNAN PJ SENTRAL

Tahun: 2020

Sesi: 1

Isu: Pentadbiran

Adun: Y.B. Tuan Rajiv A/l Rishyakaran

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah status terkini Penglibatan PKNS dalam Pembangunan PJ Sentral?

    Bagi mengurangkan tekanan kepada aliran tunai PKNS, PKNS telah bersetuju untuk menjual hak pembangunan Menara 2 PJ Sentral kepada mana-mana pihak yang berminat. Proses mengenalpasti pembeli berpotensi tersebut kini sedang dilaksanakan.

  2. Bilakah menara milik PKNS akan didirikan?

    Berdasarkan ‘Development Agreement’ sedia ada antara PKNS dan pihak PJ Sentral Development Sdn. Bhd. (PJSD), pembinaan blok Menara 2 PJ Sentral tersebut perlu disiapkan dalam tempoh lima (5) tahun dari tarikh serahan  ‘footprint platform’ Menara 2 tersebut. Serahan ‘footprint platform’ Menara 2 oleh MRCB kepada PKNS dijangka dibuat pada bulan Julai 2020.

     

     

Lampiran

Tiada Lampiran.