Mesyuarat Kedua Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2015

17 Ogos - 20 Ogos 2015

20) PENGLIBATAN BELIA DALAM PEMODENAN PERTANIAN

Tahun: 2015

Sesi: 2

Isu: Industri Asas Tani

Adun: Y.B. Tuan Jakiran Bin Jacomah

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Nyatakan statistik yang menunjukkan penglibatan golongan belia dalam pemodenan pertanian di Selangor?

    Dalam usaha menggalakkan golongan belia menceburkan diri dalam bidang pertanian, beberapa program diwujudkan khas untuk golongan untuk belia bawah 40 tahun dilaksanakan oleh Jabatan Pertanian. Sehingga kini seramai 127 orang belia telah mendaftar untuk mendapatkan bimbingan dalam bidang pertanian serta insentif untuk memajukan projek yang telah dimulakan bagi mencapai sasaran pendapatan sekurang-kurangnya RM5,000.00 sebulan.

  2. Apakah bentuk pertanian yang banyak diceburi oleh golongan belia?

    Projek pertanian yang sering diceburi oleh golongan belia adalah Projek Industri Asas Tani, projek tanaman sayur-sayuran dan kontan, projek tanaman cili dan rock melon secara fertigasi dan tanaman industri seperti umbisi dan nanas.

Lampiran

Tiada Lampiran.