Mesyuarat Pertama Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2014
7 April - 11 April 2014 dan 14 April - 18 April 2014
18) PENGLIBATAN ANAK MUDA DI SELANGOR
Tahun: 2014
Sesi: 1
Isu: Generasi Muda & Sukan
Adun: Y.B. Tuan Ng Sze Han
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Apakah langkah kerajaan untuk memberikan penglibatan yang lebih mendalam kepada anak muda Selangor terutama dalam penggubalan polisi Selangor?
Melalui teras kepimpinan belia terutama PeBT, mereka yang dilantik terpilih untuk terlibat dalam mesyuarat Jawatankuasa Kemasyarakatan, Belia dan Sukan di peringkat PBT. Peranan dan suara anak muda di kalangan belia ini sangat penting dalam menggerakkan aspirasi belia negeri Selangor.
-
Program Penggerak belia tempatan (PeBT) telah dilaksanakan sejak tahun 2008, adakah kerajaan negeri akan meningkatkan tahap perwakilan PeBT melalui pilihanraya?
Kerajaan Negeri mengambil berat tentang penglibatan PeBT dalam menggerakkan belia-belia untuk melibatkan diri dalam program-program belia yang telah Sehubungan dengan itu, Kerajaan Negeri amat mementingkan tahap perwakilan PeBT dengan membuat pencalonan ini di buat oleh ADUN atau Ahli Majlis dan mendapat sokongan ADUN atau Penyelaras DUN serta disahkan oleh Yang Dipertua atau Dato’ Bandar.
Kemudian, senarai-senarai pencalonan tersebut dikemukakan kepada Setiausaha Penggerak Belia Negeri Selangor dan disahkan oleh Sekreteriat Belia Negeri Selangor sebelum dikemukakan kepada Pengerusi Penggerak Belia Negeri Selangor. Seterusnya semakan jenayah dilakukan untuk memastikan mereka bebas daripada sebarang kegiatan jenayah dan seterusnya diberikan tempoh percubaan selama 6 bulan. Proses-proses tersebut dilaksanakan untuk memastikan perlantikan bagi pengerusi yang mempunyai prestasi yang memuaskan.