Mesyuarat Kedua Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2023

10 November 2023, 14 November - 17 November 2023 & 20 November – 24 November 2023 (Jumaat, Selasa – Jumaat & Isnin - Jumaat)

118) PENGLIBATAN AGENSI – AGENSI BERSAMA ADUN

Tahun: 2023

Sesi: 2

Isu: Pentadbiran

Adun: Y.B. Tuan Lwi Kian Keong

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Mohon cadangan penglibatan ADUN bersama program - program bersama agensi - agensi bagi memperkasakan hubungan antara dua pihak.

    Secara amnya, Kerajaan Negeri di bawah pentadbiran ini berpegang kepada prinsip untuk melibatkan para Ahli Dewan Negeri yang mempunyai tekad yang sama dalam program-program Kerajaan Negeri sebagai langkah bukan sahaja memperkukuhkan hubungan antara agensi dan wakil rakyat tetapi meluaskan jaringan di peringkat komuniti di kawasan-kawasan berkenaan. Proses ini telahpun dilaksanakan.

Lampiran

Tiada Lampiran.