Mesyuarat Kedua Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2023
10 November 2023, 14 November - 17 November 2023 & 20 November – 24 November 2023 (Jumaat, Selasa – Jumaat & Isnin - Jumaat)
357) PENGKALAN NELAYAN
Tahun: 2023
Sesi: 2
Isu: Industri Asas Tani
Adun: Y.B. Tuan Rosnizan Bin Ahmad
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Berapakah peruntukan untuk membaik pulih dan menaik taraf pengkalan dan jeti nelayan Negeri Selangor mengikut DUN dan kawasan seluruh Selangor? Dan senaraikan.
Peruntukan yang disalurkan di bawah peruntukan Kerajaan Negeri melalui Unit Perancang Ekonomi (UPEN) Negeri Selangor bagi dua (2) pengkalan / jeti sahaja iaitu:
1.Pengkalan Batu 8, Kampung Asahan, Bestari Jaya
Tahun 2020 DUN Ijok Parlimen Kuala Selangor Perihal Floating jetty pontoon dan gangway termasuk komponen- komponen lain dan kerja-kerja berkaitan di Batu 8, Kampung Asahan, Bestari Jaya. Peruntukan RM102,000.00 Khas – UPEN Maklumat tambahan Majlis perasmian Floating Jetty Batu 8 Kg. Asahan telah diadakan pada 30 Ogos 2020 dan dirasmikan oleh Tuan Ir Izham Bin Hashim, Pengerusi Jawatankuasa Tetap Infrastruktur Dan Kemudahan Awam, Permodenan Pertanian Dan Industri Asas Tani 2.Pengkalan Nelayan Sepang Kecil, Bagan Lalang, Sepang
Tahun 2023 DUN Sungai Pelek Parlimen Sepang Perihal Program Bantuan dan Projek-projek Khas Bil.1/2023 Kerja-kerja peningkatan dan kerja-kerja baik pulih Jeti Nelayan LKIM Sepang Kecil, Bagan Lalang
Peruntukan RM400,000.00 – UPEN Maklumat tambahan Antara kerja-kerja peningkatan adalah seperti kerja-kerja meroboh dan membina jeti konkrit baru dan kerja-kerja pembaikan struktur rasuk lantai. -
Adakah Kerajaan Negeri Selangor memperuntukan pemasangan dan penambahan lampu ataupun lampu solar di kawasan-kawasan jeti nelayan seperti Jeti Nelayan Tongkah di DUN Morib yang gelap diwaktu malam?
Buat masa ini, tiada sebarang peruntukan disalurkan untuk penambahan lampu ataupun lampu solar di Jeti Nelayan Tongkah, Morib, Kuala Langat.
Peruntukan bagi menaiktaraf dan membaikpulih jeti tersebut boleh dimohon kepada Kerajaan Negeri melalui Jawatankuasa Tetap Infrastruktur dan Pertanian atau Unit Perancangan Ekonomi Negeri Selangor. Walau bagaimanapun, program menaiktaraf dan membaikpulih hanya boleh dijalankan setelah jeti ini mendapat kelulusan daripada agensi yang terlibat seperti PTD Kuala Langat, MPKL dan LUAS.