Mesyuarat Pertama Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2019
18 Mac 2019 - 25 Mac 2019
214) PENGKALAN JETI
Tahun: 2019
Sesi: 1
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Tuan Azmizam Bin Zaman Huri
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Berapakah bilangan pengkalan jeti yang telah dan belum melalui proses pemutihan?
Hanya 86 buah jeti di Bagan Sekinchan yang telah melalui proses pemutihan berbanding 969 buah jeti yang dibanci di seluruh Negeri Selangor sepanjang tahun 2016.
-
Adakah Kerajaan Negeri merancang untuk memutihkan semua pengkalan jeti haram ini?
Kerajaan Negeri sedang melaksanakan Pelan Tindakan Pengurusan Jeti Negeri Selangor yang telah diluluskan oleh MMKN Bil. 20/2015 di mana penyelesaian isu jeti dibuat berdasarkan strategi yang merangkumi isu penggunaan tanah, pemilikan jeti, had bilangan nelayan dan bot serta infrastruktur jeti di
Taklimat berkenaan Pelan Tindakan Pengurusan Jeti ini telah diadakan di setiap daerah dan bancian bersama-sama wakil nelayan setiap kawasan yang telah dijalankan sepanjang tahun 2016.
Bengkel Penyelesaian dan Pengurusan Jeti Bagi Daerah Sabak Bernam dan Kuala Selangor telah diadakan pada 20 Julai 2017 dan Bengkel Penyesaian dan Pengurusan Jeti Bagi Daerah Klang, Kuala Langat dan Sepang diadakan pada 27 September 2018.