Mesyuarat Pertama (Pembukaan) Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Yang Keempat Belas Tahun 2022

14 Mac 2022 - 18 Mac 2022 Dan 21 Mac 2022 - 25 Mac 2022 (Isnin - Jumaat, dan Isnin - Jumaat)

236) PENGKALAN DATA / DATA RAYA

Tahun: 2022

Sesi: 1

Isu: Sains, Teknologi & ICT

Adun: Y.B. Dato' Dr Ahmad Yunus Bin Hairi

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah perkembangan pembangunan data raya Selangor?

    Inisiatif infrastruktur digital yang mengupayakan pengumpulan, penyimpanan dan analisa data raya Selangor telah dimulakan sejak suku kedua tahun 2019 di bawah program Smart Selangor.

    Sehingga kini beberapa set data operasi (Operational Data Set) yang merangkumi data statik (static data) dan data waktu nyata (real time data) telah digunakan untuk:

    i. Pemantauan dan koordinasi di Smart Selangor Operations Centre (SSOC) bagi operasi pengurusan bencana dan memantau keberkesanan pelaksanaan inisiatif Smart Selangor; antaranya pelaporan jalan berlubang, waktu ketibaan bas Smart Selangor dan Closed-Circuit Television (CCTV).

    ii. Pemantauan data-data berasaskan portfolio Exco MMKN menerusi Smart Selangor EXCO Dashboard.

    Seterusnya untuk tahun 2022, peluasan pembangunan data raya akan tertumpu kepada pengumpulan dan penyelarasan data di antara Pejabat Daerah dan Tanah (PDT) dan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) bagi menambahbaik proses pengumpulan data pembayar cukai dan penduduk.

  2. Apakah perancangan Kerajaan Negeri agar proses bantuan kerajaan dapat diselesaikan dengan segera seperti contoh Bantuan Selangor Bangkit?

    Bagi daerah yang perlu disegerakan agihan melibatkan ramai penerima, Kerajaan Negeri telah menggerakkan mobilisasi beberapa jabatan/agensi dalam membantu agihan, khususnya di Daerah Klang. Kerajaan Negeri telah menyelesaikan agihan BSB sebelum 28 Februari 2022. Selepas tarikh tersebut, agihan akan diserahkan secara Electronic Transfer Fund (EFT) kepada mana-mana penerima yang tidak dapat hadir ke sesi agihan yang telah diatur sebelum ini.

Lampiran

Tiada Lampiran.