Mesyuarat Pertama Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2015
30 Mac - 3 April 2015 dan 6 April - 9 April 2015
261) PENGINDAHAN KG SG JAROM
Tahun: 2015
Sesi: 1
Isu: Pembangunan Kampung
Adun: Y.B. Tuan Loh Chee Heng
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Nyatakan peruntukan yang diluluskan untuk semua kampung baru cina pada tahun 2014 hingga kini
Sepanjang tahun 2014, Kerajaan Negeri telah meluluskan sebanyak 66 buah projek dengan peruntukan keseluruhan berjumlah 7 juta bagi pelaksanaan projek-projek kecil di kampung baru / bagan / tersusun Negeri Selangor. Manakala bagi projek yang telah diluluskan bagi tahun 2015 sehingga bulan Mac 2015 adalah sebanyak 9 buah projek dengan peruntukan keseluruhan berjumlah RM655,600.00. Pecahan lengkap peruntukan tersebut mengikut daerah adalah seperti berikut :
Tahun 2014
BIL. DAERAH BIL. PROJEK PERUNTUKAN (RM) 1. Petaling 4 445,512.00 2. Klang – – 3. Gombak 15 735,150.00 4. Hulu Langat 11 569,139.00 5. Sepang 3 83,900.00 6. Kuala Selangor 7 631,394.00 7. Kuala Langat – – 8. Sabak Bernam 14 757,287.00 9. Hulu Selangor 12 479,700.00 JUMLAH KESELURUHAN 66
3,702,082.00
Tahun 2015
BIL. DAERAH BIL. PROJEK PERUNTUKAN (RM) 1. Petaling – – 2. Klang – – 3. Gombak 1 190,000.00 4. Hulu Langat – – 5. Sepang 3 300,000.00 6. Kuala Selangor 1 48,000.00 7. Kuala Langat 1 38,000.00 8. Sabak Bernam 3 79,600.00 9. Hulu Selangor – – JUMLAH KESELURUHAN 9
655,600.00
-
Adakah kerajaan Negeri Akan menjalankan kerja-kerja pengindahan landskap dan pasang Pokok Hiasan LED di sepanjang Jalan Sungai Buaya Kg Sg JaromKuala Langat?
Buat masa ini, Kerajaan Negeri Selangor tidak bercadang untuk memasang pokok hiasan LED di semua Kampung Baru termasuk di sepanjang Jalan Sungai Buaya, Kampung Baru Sungai Jarom, Kuala Langat. Walau bagaimanapun, Kerajaan Negeri sentiasa memantau dari segi keperluan dan menyokong sebarang cadangan pengindahan landskap dan pemasangan pokok hiasan LED di mana-mana kampung baru bergantung kepada keutamaan dan peruntukan yang mencukupi.