Mesyuarat Ketiga Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2010
08 November hingga 12 November 2010 dan 15 November 2010
191) PENGIMARAHAN MASJID
Tahun: 2010
Sesi: 3
Isu: Hal Ehwal Islam
Adun: Y.B. Tuan Ismail Bin Sani
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Apakah langkah yang diambil untuk menjadikan masjid wadah penyatuan masyarakat?
Sebagai langkah untuk memastikan masjid wadah penyatuan masyarakat, kerajaan negeri melalui MAIS telah mengambil langkah untuk memastikan semua program dan aktiviti masjid adalah bebas dari sebarang pengaruh politik kepartian. Nazir dan jawatankuasa masjid sepatutnya berkecuali dan tidak menyekat kepada mana-mana parti politik dan tidak boleh membenarkan masjid diguna sebagai tempat untuk berpolitik.
-
Apakah program-program yang telah dilaksanakan untuk mengimarahkan masjid dan surau?
Antara program-program yang dilaksanakan untuk mengimarahkan masjid dan surau adalah seperti berikut :
1) Bulan Pengimarahan Masjid
Program ini dilaksanakan pada bulan Rabiul Awal setiap tahun dan melibatkan 3 program utama iaitu:
i) Forum Diskusi Kitab
ii) Program Gotong Royong
iii) Tahsinul Ibadah kepada kanak-kanak remaja
2) Karnival Masjid
Dilaksanakan 1 tahun sekali bagi masjid-masjid yang berkemampuan. Program yang terlibat ialah :
- Malam Kesenian Islam
- Forum Perdana iii) Gerai jualan
- Aktiviti kemasyarakatan seperti pertandingan marhaban, nasyid, bola sepak dan lain-lain.
- Pemeriksaan kesihatan
- Kuliah Maghrib, Subuh dan Dhuha
- Sambutan hari-hari kebesaran Islam seperti Maulidul Rasul, Maal Hijrah, Hari Asyura, Nisfu Syaaban, sambutan hari raya dan ibadah korban. Antara pengisian aktiviti yang dilaksanakan :
- Forum Perdana
- Marhaban iii) Penyediaan bubur asyura iv) Penyembelihan ibadah korban v) Majlis bacaan Yasin
- vi) Jamuan hari raya dan lain-lain