Mesyuarat Kedua Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2020
13 Julai 2020 - 16 Julai 2020
218) PENGHAPUSAN DENGGI
Tahun: 2020
Sesi: 2
Isu: Kesihatan
Adun: Y.B. Tuan Chua Wei Kiat
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Nyatakan jumlah pesakit jangkitan Denggi sejak bulan Jan 2019 hingga kini.
Jumlah pesakit kes denggi tahun 2019 ialah sebanyak 72,543. Bagi tarikh sehingga 27 Jun 2020, jumlah kes Denggi di Selangor ialah 30,131.
-
Apakah tindakan akan dilakukan untuk menyelesaikan krisis ini?
Bagi membasmi masalah denggi antara usaha yang perlu dilaksana termasuklah:
- Membincangkan isu denggi di peringkat daerah secara terperinci untuk tindakan yang diambil oleh pihak terlibat melalui Mesyuarat Tindakan Denggi Peringkat Daerah yang dipengerusikan oleh Pegawai Daerah dihadiri oleh kesemua agensi terlibat seperti PKD, PBT, Ahli Majlis dan sebagainya
- Membincangkan isu serta punca pembiakan denggi di lokasi terlibat bersama penduduk/ ahli majlis/ DUN agar dapat diambil tindakan bersama.
- Menggiatkan penggunaan repellan dan semburan aerosaol dalam kalangan pesakit demam denggi dan komuniti.
- Memperkasakan peranan penduduk/ agensi terlibat melalui penubuhan pasukan COMBI bagi melaksana aktiviti pencegahan denggi (pemusnahan tempat pembiakan denggi serta pendidikan kesihatan denggi) di lokaliti berkenaan.
- Melaksana program gotong-royong berfokus bagi menghapuskan tempat pembiakan nyamuk bersama masyarakat di lokaliti berkenaan.
- Menjalankan Program Selangor Bebas Aedes tempat Kerja dan Kuarters
- Mengukuhkan Program Bebas Denggi Sekolah.
- Aktiviti penguatkuasaan seperti pengeluaran notis Seksyen 8 dibawah Akta Pemusnahan Serangga Pembawa Penyakit 1975 kepada penduduk / pemunya premis berpotensi pembiakan aedes. Bagi premis positif pembiakan aedes, tindakan kompaun atau penutupan premis disusuli tindakan mahkamah boleh diambil. Kegagalan mematuhi notis seksyen 8 atau tidak membayar kompaun, tindakan mahkamah akan diambil.