Mesyuarat Ketiga Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Tahun 2017
3 November 2017, 06 November hingga 10 November 2017 dan 13 November hingga 16 November 2017
94) PENGHANTARAN PELAJAR SELANGOR KE TIMUR TENGAH
Tahun: 2017
Sesi: 3
Isu: Pendidikan
Adun: Y.B. Tuan Sallehen Bin Mukhyi
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Apakah polisi kerajaan negeri untuk masa akan datang?
Oleh kerana Dasar Agihan semasa oleh Lembaga Zakat Selangor (LZS) menghadkan pembiayaan kepada asnaf fakir dan miskin serta penerima sedia ada sahaja, Kerajaan Negeri telah bersetuju untuk meneruskan penghantaran pelajar ke Timur Tengah dengan pembiayaan Kerajaan Negeri sehingga Lembaga Zakat Selangor mampu melaksanakan penghantaran pelajar seperti sebelum ini.
-
Apakah mereka masih dianggap sebagai asnaf?
Secara umumnya, semua pelajar yang menuntut dengan tujuan memenuhi maslahah ‘ammah (keperluan sejagat) demi meninggikan syiar Islam bolehlah digolongkan sebagai asnaf