Mesyuarat Pertama (Pembukaan) Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Yang Keempat Belas Tahun 2022

14 Mac 2022 - 18 Mac 2022 Dan 21 Mac 2022 - 25 Mac 2022 (Isnin - Jumaat, dan Isnin - Jumaat)

225) PENGGUNAAN WANG PERUNTUKAN MARRIS

Tahun: 2022

Sesi: 1

Isu: Kewangan & Ekonomi

Adun: Y.B. Dato' Dr Ahmad Yunus Bin Hairi

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Berapa panjang jalan terkini yang telah didaftarkan?

    Jumlah panjang jalan yang telah didaftarkan di dalam Sistem MARRIS Online sehingga 24 Februari 2022 ialah 24,441.269 kilometer (KM).

  2. Berapakah jumlah kewangan yang telah diterima?

    Pemberian Penyenggaraan Jalan Raya Negeri (MARRIS) yang diterima oleh Kerajaan Negeri pada tahun 2021 adalah sebanyak RM545,260,195.00 manakala pada tahun ini sehingga 28 Februari 2022 adalah sebanyak RM92,975,668.00.

  3. Berapakah jumlah penggunaan dana dan panjang jalan yang telah diselenggarakan pada tahun 2021?

    Pada tahun 2021, panjang jalan yang telah diselenggara menggunakan peruntukan penyenggaraan jalan negeri (MARRIS) adalah berjumlah 5,779.296km dengan implikasi kewangan keseluruhan berjumlah RM 374.84 juta.

Lampiran

Tiada Lampiran.