Mesyuarat Pertama Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2015
30 Mac - 3 April 2015 dan 6 April - 9 April 2015
98) PENGGUNAAN TANAH T.O.L. UNTUK MENJANA PENDAPATAN PENDUDUK
Tahun: 2015
Sesi: 1
Isu: Tanah & Sumber Alam
Adun: Y.B. Puan Dr Hajah Halimah Binti Ali
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Adakah kerajaan mempunyai perancangan tertentu untuk membantu golongan marhaen menjana pendapatan tambahan dengan menggunakan tanah T.O.L. untuk jangka masa pendek?
Buat masa ini Kerajaan Negeri belum ada perancangan spesifik dalam membantu golongan marhaen untuk menjana pendapatan tambahan dengan menggunakan tanah TOL untuk jangka masa pendek. Walau bagaimanapun, Kerajaan Negeri boleh mempertimbangkan pengeluaran TOL untuk tanah- tanah rizab bagi tujuan membantu golongan marhaen menjana pendapatan tambahan.
-
Apakah sudah ada task force mengkaji penggunaan optima tanah T.O.L?
Setakat ini, belum ada kajian berkenaan dijalankan oleh taskforce.