Mesyuarat Pertama Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2016
28 Mac - 01 April 2016 dan 04 April - 08 April 2016
170) PENGGUNAAN ROKOK ELEKTRONIK (VAPE)
Tahun: 2016
Sesi: 1
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Datuk Rosni Binti Sohar
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Nyatakan pendirian kerajaan negeri terhadap penggunaan vape di kalangan rakyat Selangor?
Mesyuarat Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Selangor (MMKN) ke 2/2016 pada 13 Januari 2016 telah mengambil maklum Laporan Bengkel Khas Perbincangan Isu Vape Negeri Selangor yang telah diadakan pada 10 hingga 12 Januari 2016 dan bersetuju dengan perkara berikut :
- Selaras dengan surat KKM bertarikh 9 Disember 2015, Kerajaan Negeri juga turut bersetuju agar lesen tidak diberikan kepada penjual
- Kerajaan Negeri akan mewartakan semua kawasan larangan merokok di Negeri Selangor sebagai kawasan larangan vape dan penjualan vape tidak dibenarkan kepada pembeli yang berusia 18 tahun ke bawah;
- Semua permohonan lesen baharu yang telah diterima akan dibekukan dalam tempoh satu bulan;
- Dilarang menghisap vape di tempat-tempat awam dan tempat yang diwartakan sebagai kawasan larangan vape; dan
- Penjualan vape dan e-juice hanya dibenarkan di premis di dalam bangunan kedai
-
Nyatakan tindakan yang dikenakan ke atas premis yang menjual vape di Selangor?
Kesemua premis yang menjual Vape di Selangor adalah tertakluk kepada Akta Racun 1952, Akta Jualan Dadah 1952, Akta Makanan 1983 dan Peraturan-peraturan Makanan 1985 di bawah bidang kuasa Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM). Sehingga Disember 2015, sebanyak 69 lesen menjual / memberi perkhidmatan alat elektronik (Vape) telah dikeluarkan oleh Pihak Berkuasa Tempatan (PBT). Pecahan lesen yang diluluskan oleh PBT adalah seperti berikut:
Bilangan lesen penjualan Vape yang telah diluluskan oleh PBT
BIL.
PBT
BIL LESEN DILULUSKAN
1. MBSA 8 2. MBPJ 16 3. MPSJ 14 4. MPK 4 5. MPSp 2 6. MPKJ 3 7. MPAJ 8 8. MPS 6 9. MDKL 1 10. MDHS 0 11. MDSB 7 12. MDKS 0 JUMLAH 69