Mesyuarat Ketiga Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Tahun 2008
20 Oktober hingga 24 Oktober 2008 dan 28 Oktober hingga 29 Oktober 2008
88) PENGGUNAAN POS KAWALAN KESELAMATAN SENDIRI DI TAMAN PERUMAHAN
Tahun: 2008
Sesi: 3
Isu: Perumahan
Adun: Y.B. Tuan Mat Shuhaimi Bin Shafiei
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Terdapat banyak konsep pos kawalan keselamatan kendiri (guarded community) yang dilaksanakan di kawasan perumahan teres, pangsapuri dan kondominium. Konsep ini praktikal jika semua penduduk setuju berkenaan perkara ini dan konsep ini bersesuaian untuk mewujudkan keharmonian antara semua penduduk. Akan tetapi akan timbul keraguan kerana kebanyakan pelantikan pengawal keselamatan adalah rakyat asing. Selain daripada undang-undang daripada kerajaan pusat melalui polis atau imigresen adakah wujud undang-undang oleh kerajaan negeri bagi pengawal keselamatan bukan warganegara bekerja di negeri ini.
Jawatankuasa Mengkaji Soalan Dewan yang bermesyuarat pada 25 September
2008 telah menolak soalan ini. -
Wujud satu senario di mana pos kawalan oleh persatuan penduduk mengambil bekalan elektrik dari tiang-tiang lampu dan adakah kerajaan negeri sedar kewujudan pos kawalan ini yang diwujudkan bertujuan menghalang kes kecurian di kawasan mereka tetapi penduduk sendiri yang mencuri bekalan elektrik untuk kegunaan pos kawalan mereka. Ia berlaku kerana TNB sukar mengeluarkan kebenaran dan memerlukan deposit untuk meter TNB dan penduduk perlu membayar deposit yang tinggi untuk memperolehnya. Apakah yang Kerajaan Negeri dapat bantu ?
Sama seperti di SUB(a)
-
Apakah ada garis panduan bagi pengawal keselamatan tersebut atau Manual Prosedur Kerja (SOP) sehingga wujud kesukaran penyelenggaraan kontraktor PBT untuk masuk melaksanakan kerja apabila pengawal keselamatan perlukan surat kebenaran masuk dalam kawasan jagaannya walaupun kontraktor PBT menggunakan kad kuasa.