Mesyuarat Pertama Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2021

23 Ogos 2021 hingga 27 Ogos 2021, 30 Ogos 2021, 1 September 2021 hingga 3 September 2021 dan 6 September 2021

62) PENGGUNAAN PERUNTUKAN MARRIS

Tahun: 2021

Sesi: 1

Isu: Kewangan & Ekonomi

Adun: Y.B. Puan Lim Yi Wei

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Senaraikan jumlah dan peratus peruntukan MARRIS yang telah dibelanjakan sejak Januari 2021 mengikut daerah.

    Jumlah dan peratusan peruntukan MARRIS yang telah dibelanjakan sejak Januari 2021 sehingga 31 Julai 2021 mengikut daerah adalah seperti berikut:-

     

    1. i) JKR, JPS dan sembilan (9) Pejabat Daerah

     

    Bil Daerah Peruntukan Semasa

    (RM)

    Perbelanjaan (RM) Peratus Perbelanjaan
    1. Sabak Bernam 34,434,303.78 8,267,609.65 24.01%
    2. Hulu Selangor 11,387,964.22 1,519,732.37 13.35%
    3. Kuala Selangor 29,200,926.46 8,593,118.46 29.43%
    4. Petaling 14,922,654.93 2,731,952.79 18.31%
    5. Hulu Langat 24,324,278.20 6,713,859.39 27.60%
    6. Klang 26,491,170.97 8,783,262.40 33.16%
    7. Kuala Langat 32,179,264.14 6,654,329.90 20.68%
    8. Gombak 12,407,302.85 2,686,051.68 21.65%
    9. Sepang 19,518,326.61 2,626,481.65 13.46%

     

    1. ii) 12 agensi Pihak Berkuasa Tempatan

     

    Bil Majlis Siling Peruntukan (RM) Perbelanjaan (RM) Peratus Perbelanjaan
    1. MB Petaling Jaya 27,850,536.74 8,288,103.05 29.76%
    2. MB Shah Alam 28,571,914.96 4,992,760.69 17.47%
    3. MP Klang 30,747,306.65 0.00 0.00%
    4. MP Ampang Jaya 21,456,163.52 8,073,598.40 37.63%
    5. MP Kajang 26,547,735.18 1,389,256.00 5.23%
    6. MP Selayang 26,884,256.69 6,787,794.43 25.25%
    7. MP Sepang 10,230,941.78 3,887,585.70 38.00%
    8. MB Subang Jaya 20,322,393.90 0.00 0.00%
    9. MP Kuala Langat 14,787,068.75 7,944,672.70 53.76%
    10. MD Hulu Selangor 14,389,216.59 5,926,330.00 41.19%
    11. MD Sabak Bernam 12,754,248.84 7,130,240.79 55.90%
    12. MP Kuala Selangor 19,428,216.40 10,802,676.02 55.60%

    Sumber: JKR dan Sistem Smart MARRIS

  2. Apakah langkah Kerajaan Negeri untuk memastikan kerja infrastruktur awam tidak tergendala dalam masa pandemik?

    Sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan, kerja-kerja penyelenggaraan, pembaikan dan pendawaian yang bersifat kritikal dibenarkan beroperasi selaras dengan keputusan Majlis Keselamatan Negara (MKN) yang membenarkan sektor penyenggaraan beroperasi setelah mendapat kelulusan dari Kementerian Perdagangan Antarabangsa Dan Industri (MITI). Pihak kontraktor diarah untuk memastikan semua garis panduan dan Prosedur Operasi Standard (SOP) Majlis Keselamatan Negara (MKN) serta Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) yang terkini sentiasa dipatuhi dalam mengawal penularan wabak COVID-19 semasa kerja-kerja dilaksanakan.

    Kementerian Kewangan melalui Soalan Lazim Berkaitan Perolehan Kerajaan Berikutan Pelaksanaan Sekatan Pergerakan Penuh – Total Lockdown (TLD) Fasa 1 Mulai 1 Jun 2021 hingga 14 Jun 2021 dan Soalan Lazim Berkaitan Perolehan Kerajaan Berikutan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0 mulai 15 Jun 2021 telah memaklumkan bahawa Agensi dibenarkan melanjutkan tempoh kontrak sekiranya kontrak tamat dalam tempoh PKP 3.0 tertakluk kepada syarat-syarat yang dinyatakan.

    Kementerian Kewangan telah meluluskan cadangan Jabatan Kerja Raya (JKR) supaya tempoh pelanjutan masa (EOT) bagi kontrak kerajaan yang terkesan ekoran dari Penguatkuasaan Prosedur Operasi Standard (Standard Operating Procedure – SOP) diberikan secara automatik dan diluluskan oleh peringkat Pegawai Penguasa (P.P) / Pengarah Projek (P.D).

    Bagi memastikan kerja infrastruktur tidak tergendala semasa pandemik, JKR turut melakukan libat urus bersama pihak pembekal dan operator kuari dengan mengeluarkan surat pengesahan pelaksanaan kerja untuk menyokong permohonan pembekal/kuari mendapatkan kelulusan MITI untuk beroperasi di dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan Pelan Pemulihan Negara (PPN).

Lampiran

Tiada Lampiran.