Mesyuarat Kedua Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Tahun 2008

21 Mei hingga 22 Mei 2008, 24 Mei dan 26 Mei 2008

29) PENGGUNAAN PERUNTUKAN ADUN

Tahun: 2008

Sesi: 2

Isu: Pentadbiran

Adun: Y.B. Tuan Dr Shafie Bin Abu Bakar

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Berapakah jumlah peruntukan bagi setiap ADUN diberikan oleh kerajaan bagi tahun 2008?

    Kerajaan Negeri Selangor telah meluluskan peruntukan tahunan berjumlah
    RM500,000 bagi setiap ADUN dan RM600,000 bagi setiap AMMKN mulai tahun 2007. Jumlah keseluruhan peruntukan Tahunan ADUN yang diluluskan adalah sebanyak RM29.7 juta bagi 57 kawasan DUN bagi tahun 2008. Walau
    bagaimanapun, peruntukan sebenar yang disalurkan adalah sebanyak
    RM29.544 juta selepas ditolak sewa mesin fotostat.

  2. Berapakah jumlah peruntukan bagi setiap ADUN Bangi digunakan ADUN BN sebelum pilihan raya 2008?

    DUN Bangi menerima peruntukan sebanyak RM500,000 bagi tahun 2008.
    Prestasi perbelanjaanDUN ini adalah 100%.

  3. Sila berikan secara terperinci perbelanjaan-perbelanjaan digunakan?

    Laporan perbelanjaan peruntukan Tahun DUN Bangi adalah seperti di lampiran