Mesyuarat Kedua Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2024

04 Julai - 05 Julai 2024, 09 Julai - 12 Julai 2024 & 15 Julai - 18 Julai 2024 (Khamis - Jumaat, Selasa - Jumaat & Isnin - Khamis)

401) PENGGUNAAN PERUNTUKAN ADN PEMBANGKANG

Tahun: 2024

Sesi: 2

Isu: Pentadbiran

Adun: Y.B. Tuan Wan Dzahanurin Bin Ahmad

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Mengapakah sumbangan kemasyarakatan secara tunai oleh ADN Pembangkang diterhadkan kepada yuran pendidikan dan perubatan sahaja dengan kadar maksimum RM1000? (rujuk pekeliling (Bil (4) DUN.SEL(R)30411103)

    Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri ke-7/2024 pada 13 Mac 2024 telah bersetuju dan memutuskan sebanyak RM400,000.00 diperuntukkan kepada ADN Bukan Kerajaan pada Tahun 2024 termasuk RM50,000.00 yang telah disalurkan pada 2023 untuk kegunaan Pengurusan Pejabat ADN, Projek-projek Kecil, Program dan Aktiviti Mesra Rakyat dan Sumbangan Kemasyarakatan Secara Tunai. Sumbangan Secara Tunai adalah terhad kepada yuran pendidikan dan pembiayaan perubatan sahaja dengan kadar maksimum RM1,000.00 setiap penerima.

  2. Adakah peruntukan Sumbangan Kemasyarakatan Secara Tunai seperti di atas juga terpakai untuk ADN Kerajaan dan Penyelaras? Jika tidak, nyatakan secara khusus skop sumbangan kemasyarakatan secara tunai yang dibenarkan kepada ADN Kerajaan dan Penyelaras.

    Sumbangan Kemasyarakatan secara tunai bagi ADN Kerajaan dan Pegawai Penyelaras adalah tertakluk kepada Pekeliling Perbendaharaan Bilangan 1 Tahun 2019: Garis Panduan Peruntukan Ahli Mesyuarat Majlis Kerajaan Negeri dan Ahli Dewan Negeri Selangor. Skop sumbangan kemasyarakatan secara tunai adalah sebagaimana digariskan dalam Perenggan 6.1(iii) Pekeliling tersebut. Pekeliling boleh dimuat turun daripada Laman Web Rasmi Perbendaharaan Negeri Selangor.

  3. Apakah rasionalnya untuk menghadkan/ mengecilkan skop sumbangan kemasyarakatan secara tunai kepada ADN Pembangkang yang sebelum ini merupakan pemberian saguhati kepada rakyat miskin, warga emas, anak yatim, ibu tunggal, OKU, mangsa banjir, mangsa kemalangan dan bantuan kepada rumah ibadah hanya kepada yuran perubatan dan pendidikan sahaja?

Lampiran

Tiada Lampiran.