Mesyuarat Kedua Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Tahun 2008
21 Mei hingga 22 Mei 2008, 24 Mei dan 26 Mei 2008
192) PENGGUNAAN PADANG AWAM
Tahun: 2008
Sesi: 2
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Tuan Dr Shafie Bin Abu Bakar
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Menjelang pilihan raya ke 12 banyak padang awam termasuk di DUN Bangi didirikan bangunan bagi Bilik Gerakan UMNO-BN. Adakah kebenaran didapati dari pihak berwajib menggunakan padang?
Pihak Majlis telah memberikan kebenaran berdasarkan janji-janji pilihan raya
secara ‘blanket approval’ termasuk permohonan menggunakan padang awam
untuk mendirikan bilik gerakan pilihan raya bertaraf sementara dan pihak Majlis telah mengenakan syarat membukasemula selepas pilihan raya berlangsung. -
Mengapakah bangunan-bangunan berkenaan yang merosakkan padang awam ini masih kekal?
Sama seperti Sub(a).
-
Apakah tindakan akan diambil terhadap pihak yang degil yang tidak mengeluarkan bangunan berkenaan?
Pihak Majlis juga telah mengeluarkan surat arahan membuka semula bilik
gerakan berkenaan dan memulihkan padang seperti keadaan asal pada 27hb.
Mac 2008.