Mesyuarat Ketiga Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2015
30 Oktober 2015, 02 November - 06 November 2015 dan 11 November - 13 November 2015
112) PENGGUNAAN LAMPU LED
Tahun: 2015
Sesi: 3
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Tan Sri Dato' Seri Abdul Khalid Bin Ibrahim
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Senarai syarikat yang dianugerahkan kontrak bernilai RM5 juta untuk menukar 2,800 lampu jalan kepada jenis LED yakni setara dengan RM1,785.71 satu lampu, proses tender secara terperinci dan semua jenis manfaat yang bakal dinikmati rakyat hasil perbelanjaan tersebut.
Kerajaan Negeri melalui keputusan Mesyuarat Majlis Kerajaan Negeri ke 30/2015 yang telah disahkan pada 22 September 2015 menimbang dan meluluskan penggantian 2,800 unit lampu LED dengan implikasi kewangan berjumlah RM5.6 juta di PBT.
Kerajaan Negeri akan menurunkan peruntukan kepada PBT dan pelantikan kontraktor akan dibuat melalui proses tender terbuka dan mengikut prosedur tatacara kewangan yang berkuatkuasa.
Sebagai galakan dari pihak Kerajaan Negeri terhadap usaha mencapai sasaran Bandar Selamat, ‘pencahayaan’ termasuk di dalam salah satu lima belas (15) Langkah Pelaksanaan Program Bandar Selamat bagi inisiatif mengurangkan kadar jenayah berdasarkan 6 teras Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA).