Mesyuarat Pertama Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2010
12 April 2010 hingga 14 April 2010
143) PENGGUNAAN KEMUDAHAN DEWAN ORANG RAMAI DAN BALAIBALAI RAYA
Tahun: 2010
Sesi: 1
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Dato' Subahan Bin Kamal
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Pada tahun lalu, Pihak Berkuasa Tempatan di Negeri Selangor termasuk MPS, begitu ghairah mengambil alih pengurusan dewan-dewan dan balai-balai raya di kampung-kampung dan taman-taman perumahan. Tindakan ini telah menimbulkan banyak masalah serta membelakangkan kepentingan rakyat. Selain kemudahan-kemudahan ini telah tidak di selenggara dengan baik oleh PBT, penduduk-penduduk tempatan juga menghadapi masalah untuk mengadakan program kemasyarakatan dari semasa ke semasa oleh kerana kelulusan bagi penggunaan kemudahan tersebut ditolak oleh pihak PBT. Apakah rasional dan motif sebenar pengambilalihan pengurusan kemudahankemudahan tersebut oleh PBT
- Pengambilalihan dewan-dewan ini adalah arahan Kerajaan Negeri yang bersidang pada 9hb. Julai 2008 yang mengarahkan semua PBT mengambil alih semua Dewan Orang Ramai yang didirikan di atas kawasan
-
Mohon nyatakan bilangan permohonan penggunaan kemudahan dewan dan balai raya yang telah diterima oleh PBT dalam kawasan DUN Taman Templer dan bilangan permohonan yang telah dinafikan serta sebab-sebab bagi penafian berkenaan
- Untuk makluman, sehingga sekarang Majlis tidak menerima permohonan untuk menggunakan kemudahan dewan dan balai raya yang telah diambil alih oleh PBT kecuali pemohon merujuk terus kepada Jawatankuasa Penduduk (JKP) Zon