Mesyuarat Ketiga Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Tahun 2013
19 November - 22 November 2013 dan 25 November - 29 November 2013
263) PENGGUNAAN INSINERATOR BAGI MENANGANI MASALAH SAMPAH
Tahun: 2013
Sesi: 3
Isu: Alam Sekitar
Adun: Y.B. Tuan Ng Tien Chee
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Apakah pendirian dan perancangan kerajaan negeri berkenaan penggunaan Insinerator bagi menangani masalah sampah?
a) Kerajaan Negeri sedang menjalankan kajian terperinci berhubung teknologi insinerator dan seumpamanya kerana ia dilihat dapat mengelakkan pergantungan sepenuhnya kepada sistem tapak pelupusan sanitari sediada. Pada masa ini Negeri Selangor menghadapi masalah kekurangan tanah untuk mewujudkan lagi tapak pelupusan sanitari. Pelupusan sampah yang sedang dilaksanakan ketika ini dibuat dengan cara tapak pelupusan sanitari (3 tapak), tapak pelupusan sisa lengai (3 tapak), tapak pelupusan terbuka (3 tapak), transfer station (1 tapak) dan Refuse-Derived Fuel (RDF) (1 tapak). Oleh itu, sistem pelupusan sampah sedia ada adalah tidak mampan dan tidak akan dapat digunakan selama-lamanya. Malah terdapat beberapa tapak pelupusan yang mesti ditutup awal kerana kapasiti penggunaan yang maksima. Justeru itu, suatu kaedah lain perlulah dikenal pasti dengan segera bagi mengatasi masalah pelupusan sampah yang kian meningkat saban hari. Antara tapak pelupusan adalah seperti di Lampiran 1.
Lampiran 1
Bil. Tapak Pelupusan Kapasiti Tahun Operasi Jangka hayat Kendalian 1.
Tapak Pelupusan Sanitari Jeram, Kuala Selangor
2700
tan/hari
2007
Sehingga Disember 2016 (9 tahun)
Worldwide Holdings Berhad
2.
Tapak Pelupusan Sanitari Tanjong Duabelas,Kuala Langat.
400 tan/hari
2010
Sehingga tahun 2050
(40 tahun)
Worldwide Holdings Berhad
3.
Tapak Pelupusan Sanitari Bukit Tagar 5000
tan/hari
2005
Perjanjian dua (2) tahun sekali KUB Berjaya Enviro Sdn Bhd. 4.
Transfer Station Seksyen 21, Shah Alam 1200
tan/hari
2007
Sehingga tahun 2050 (25 Tahun)
Worldwide Holdings Berhad 5.
Tapak Pelupusan Sisa Lengai Dengkil 200 tan/hari
2004
Sehingga tahun 2024 (20 tahun)
Worldwide Holdings Berhad. 6.
Tapak Pelupusan Sisa Lengai Kuang 120 tan/hari
2007
Sehingga tahun 2027 (20 tahun)
Worldwide Holdings Berhad. 7.
Tapak Pelupusan Sisa Lengai Sg. Kertas
20 tan/hari
2011
Sehingga tahun 2021
(10 tahun)
Worldwide Holdings Berhad.
8.
Tapak Pelupusan Secara Terbuka Bukit Beruntung
100-120
tan/sehari
2007
Sehingga tahun 2018
(11 tahun)
Majlis Daerah Hulu Selangor
Bil. Tapak Pelupusan Kapasiti Tahun Operasi Jangka hayat Kendalian 9.
Tapak Pelupusan Secara Terbuka Sungai Sabai
80-100
tan/sehari
2001
Sehingga tahun 2018
(17 tahun)
Majlis Daerah Hulu Selangor
10.
Tapak Pelupusan Secara Terbuka Panchang Bedena
60
tan/sehari
1984
Sehingga tahun 2023
(39 tahun)
Majlis Daerah Sabak Bernam
11.
Loji RDF Semenyih
700
tan/sehari
2006
Sehingga tahun 2036
(30 tahun)
Majlis Perbandaran Kajang
***sumber: Worldwide Holdings Berhad & PBT