Mesyuarat Kedua Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2010

12 Julai 2010 hingga 15 Julai 2010

188) PENGGUNAAN DEWAN KOMUNITI DI SELANGOR

Tahun: 2010

Sesi: 2

Isu: Kerajaan Tempatan

Adun: Y.B. Tuan Dr. Mohd Nasir Bin Hashim

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Berapakah bilangan Dewan Komuniti yang terdapat di Selangor?

    Berikut adalah senarai bilangan dewan komuniti yang terdapat di Selangor :
    PBT BILANGAN DEWAN
    MBSA 53
    MBPJ 33
    MPK 21
    MPSJ 44
    MPS 67
    MPAJ 127
    MPKj 19
    MPSp 9
    MDKS 38
    MDHS 9
    MDKL 4
    MDSB 12
    Sumber : Data PBT- PBT

  2. Apakah perancangan Kerajaan Negeri untuk mempelbagaikan penggunaan dewanÐ dewan komuniti ini ?

    Penggunaan dewan komuniti atau balai raya yang diambil alih oleh Kerajaan Negeri
    diserahkan kepada pihak Jawatankuasa Penduduk (JKP) untuk diuruskan mengikut zon
    masing-masing. Permohonan penggunaan dewan komuniti atau balai raya tersebut
    adalah melalui JKP yang menguruskan kesemua premis mengikut zon untuk kegunaan
    orang ramai seperti aktiviti kemasyarakatan, mesyuarat, kelas-kelas akademik, kelas
    kemahiran, majlis perkahwinan, jamuan keraian, pusat maklumat, pusat perhubungan
    serta penerangan yang membawa faedah kepada penduduk setempat. Buat masa ini,
    Kerajaan Negeri belum mempunyai perancangan untuk menambah fungsi penggunaan
    dewan komuniti atau balai raya memandangkan tanggungjawab pengurusan tersebut
    adalah di bawah JKP. Setakat ini pihak JKP telah melaksanakan pelbagai program yang
    bermanfaat untuk kepentingan bersama masyarakat .

Lampiran

Tiada Lampiran.