Mesyuarat Ketiga Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Tahun 2008

20 Oktober hingga 24 Oktober 2008 dan 28 Oktober hingga 29 Oktober 2008

136) PENGGUNAAN DAN PERKEMBANGAN BAHASA TAMIL DAN CINA (MANDARIN) KE ATAS SEMUA PAPAN TANDA DI TEMPAT-TEMPAT AWAM

Tahun: 2008

Sesi: 3

Isu: Pentadbiran

Adun: Y.B. Tuan Manoharan A/l Malayalam

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Mengapakah semua papan tanda di Kuala Lumpur International Airport (KLIA) yang terletak di atas tanah Negeri Selangor tidak mempunyai dan menggunakan Bahasa Tamil?

    Jawatankuasa Mengkaji Soalan Dewan yang bermesyuarat pada 25  September 2008 telah menolak soalan ini.

  2. Apakah langkah-langkah yang telah dan akan diambil oleh Kerajaan Negeri Selangor bagi memaksa Kerajaan Persekutuan untuk mengaplikasikan pemakaian Bahasa Tamil dalam papan tanda di KLIA tersebut?

    Sama seperti di SUB(a)

  3. Adakah Kerajaan Negeri Selangor mengesan di mana tempat-tempat awam yang sepatutnya menggunakan papan tanda dalam Bahasa Tamil seperti di Hospital dan Pejabat-Pejabat Kerajaan di mana Kerajaan terdahulu di bawah pimpinan Barisan Nasional tidak peka dan seolah-olah meminggirkan penggunaan Bahasa Tamil seperti yang terjadi di KLIA?

    Setakat ini Kerajaan Negeri belum mengesan perkara tersebut. Sekiranya ada, Kerajaan Negeri akan mengkaji bidang kuasa dan tindakan sesuai yang boleh diambil sesuai dengan dasar Kerajaan Negeri.

     

Lampiran

Tiada Lampiran.