Mesyuarat Kedua Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Tahun 2008

21 Mei hingga 22 Mei 2008, 24 Mei dan 26 Mei 2008

167) PENGGUNAAN CCTV MENGIKUT PBT

Tahun: 2008

Sesi: 2

Isu: Kerajaan Tempatan

Adun: Y.B. Puan Hannah Yeoh Tseow Suan

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Berapakah kos penyewaan dan kos mengurus Kerajaan Negeri dalam penggunaan CCTV mengikut PBT setiap tahun?

    Kos penyewaan dan kos pengurus yang ditanggung oleh setiap PBT bagi
    penggunaan CCTV di kawasan masing-masing adalah seperti jadual di bawah.
    Selain itu, Kerajaan Negeri juga akan menanggung kos dalam penggunaan
    CCTV bagi 11 PBT yang dianggarkan sebanyak RM 5,959,200.00 setahun
    melalui kontraktor yang dilantik kerajaan negeri. Walau bagaimanapun, kos
    sewaan bagi CCTV di MPAJ tidak ditanggung oleh Kerajaan Negeri, sehingga
    hari ini kerajaan negeri masih belum membuat sebarang bayaran kepada
    kontraktor kerana projek ini masih dalam peringkat pelaksanaan.

  2. Senaraikan kontraktor yang terlibat dan nyatakan bilangan CCTV yang digunakan mengikut PBT, waktu operasi dan keberkesanan penggunaan CCTV dalam menangani jenayah

    Kontraktor yang terlibat bagi pemasangan CCTV di 11 PBT untuk Kerajaan
    Negeri adalah Gapurna Technologies Sdn. Bhd. Pembahagian unit pemasangan
    CCTV mengikut PBT adalah seperti berikut:

    Kontraktor yang terlibat bagi pemasangan CCTV di PBT serta kos sewaan yang ditanggung sendiri oleh PBT adalah seperti berikut:

    Nota (*) :Kerajaan negeri akan menanggung sewaan 50 unit daripada 100 unit CCTV yang dipasang oleh Gapurna Sdn. Bhd di MPSJ. Walau bagaimanapun, kerajaan negeri masih belum membuat sebarang bayaran terhadap kos sewaan ini.

    Sistem CCTV ini beroperasi 24 jam sehari. Sistem CCTV ini berupaya
    merakamkan imej suspek, plat kenderaan serta masa kejadian bagi membantu pihak polis menyelesaikan kes-kes jenayah

Lampiran

Tiada Lampiran.