Mesyuarat Pertama Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2016

28 Mac - 01 April 2016 dan 04 April - 08 April 2016

210) PENGGUNAAN AIR YANG TIDAK TERKAWAL

Tahun: 2016

Sesi: 1

Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam

Adun: Y.B. Tuan Hasbullah Bin Mohd Ridzwan

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Adakah operasi kempen jimat air yang dilancarkan baru-baru ini dapat memberi manfaat kepada Kerajaan Negeri?

    Sikap menjimatkan air atau mencegah pembaziran seharusnya dipupuk dari kecil dan dipraktikkan sepanjang hayat sebagai budaya kehidupan. Namun begitu, usaha untuk mengingatkan pengguna menjimatkan air atau mencegah pembaziran perlu dijalankan sebagai tanggungjawab

    Justeru itu, Kerajaan Negeri telah mengadakan Pelancaran kempen jimat air pada 27 Mac 2016 di perkarangan Apartmen Julia, Bandar Baru Selayang, Gombak. Kempen ini bermatlamat untuk menggalakkan pengguna menggunakan air secara berhemah dan mengelakkan pembaziran serta memupuk rasa tanggungjawab di kalangan pengguna untuk memastikan bekalan air yang berterusan.

    Kempen ini melibatkan Pihak Berkuasa Tempatan, Sekolah-sekolah melalui Jabatan Pendidikan Selangor, Selangor Invest, Jabatan Agama Islam Selangor, Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri dan kerjasama syarikat- syarikat milik Kerajaan Negeri.

  2. Berapa jangkaan meter padu air yang dapat dijimatkan dan berapa lama tempoh penjimatan ini?

    Secara purata pengguna di Selangor mengguna 220 liter (0.22 meter padu) setiap hari seorang. Kerajaan Negeri mensasarkan penggunaan air dikurangkan kepada 200 liter (0.20 meter padu) sehari seorang. Dengan pengurangan sebanyak 20 liter (0.02 meter padu) seorang daripada 1.5 juta premis/akaun di Selangor, jumlah penjimatan air untuk sehari dijangka mencapai 30 juta liter (30,000 m3) bersamaan RM17 ribu sehari (30,000 m3x 57 sen setiap m3). Jumlah penjimatan air sebulan adalah 900 ribu meter3 bersamaan RM 513 ribu sebulan (900 ribu m3 x 57 sen setiap m3).

Lampiran

Tiada Lampiran.