Mesyuarat Kedua Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2014

16 Jun 2014 hingga 18 Jun 2014

28) PENGGUNAAN AIR LOMBONG

Tahun: 2014

Sesi: 2

Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam

Adun: Y.B. Datuk Mat Nadzari Bin Ahmad Dahlan

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Berapakah bilangan dan lokasi lombong atau kolam air yang digunakan untuk membekal air mentah akibat krisis bekalan air?

    Senarai bilangan dan lokasi kolam alternatif yang telah dikenal pasti oleh kerajaan Negeri untuk membekalkan air mentah ketika musim kemarau adalah seperti di Lampiran I. Kolam Hang Tuah di Kuala Selangor yang terdiri daripada 6 siri kolam (Hang Tuah 1 – 6) telah digunakan untuk membekalkan air mentah ketika berlakunya kekurangan sumber air pada bulan Februari hingga April yang lepas.

  2. Nyatakan nama dan lokasi loji air yang terlibat memproses air lombong?

    Loji pembersihan air (LPA) yang terlibat dalam memproses air kolam Hang Tuah tersebut adalah LPA Rantau Panjang, SSP1, SSP2 dan SSP3 di Sg. Selangor.

  3. Berapakah jumlah air - juta liter padu (JLT) yang telah dapat diproses?

    Jumlah air yang telah dapat diproses ialah sebanyak 39.59 juta meter padu (Mm3) di antara tarikh 26 Februari hingga 6 April 2014.

    Nota :

    SSP1                         : 12.71 juta meter padu   (26 Feb hingga 6 April)

    SSP2                         : 15.23 juta meter padu

    SSP3                         : 11.23 juta meter padu

    Rantau Panjang   : 0.42 juta meter padu

    Jumlah                    : 39.59 juta meter padu

Lampiran

Tiada Lampiran.