Mesyuarat Pertama Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Tahun 2017
24 Julai 2017 hingga 28 Julai 2017 dan 31 Julai 2017 hingga 04 Ogos 2017
196) PENGGUNAAN AIR BAWAH TANAH ATAU ABSTRAK AIR SUNGAI
Tahun: 2017
Sesi: 1
Isu: Alam Sekitar
Adun: Y.B. Datuk Haji Johan Bin Abdul Aziz
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Mohon penjelasan berkaitan prosedur Penggunaan Air Bawah Tanah seperti penggalian Telaga Tiub dan abstrak air sungai untuk kegunaan persendirian atau industr
Prosedur penggunaan air bawah tanah dan abstrak air sungai untuk kegunaan persendirian atau industri adalah seperti berikut :
Kesemua aktiviti yang melibatkan gangguan terhadap aliran semulajadi air dalam mana-mana sumber air atau mengambil atau mengguna air daripada mana-mana sumber air perlulah mendapat kelulusan LUAS kecuali dengan jumlah tertentu yang dibenarkan oleh LUAS dari semasa ke semasa selaras dengan Seksyen 41(2), Enakmen LUAS 1999.
Di dalam pengurusan dan pengawalseliaan sumber air ini dan selaras dengan seksyen 41(2) dan 44(1)(a) Enakmen LUAS 1999, pihak LUAS telah melesenkan dan mengenakan caj terhadap semua pengabstrak air bumi, air sungai dan badan air mengikut kadar bagi tujuan berikut :
- caj sebanyak RM 0.01/m³ bagi tujuan utiliti awam; dan
- caj sebanyak RM 0.05/m³ bagi tujuan komersial.
- Aktiviti abstraksi sumber air ini juga dipantau oleh ahli Jawatankuasa Air Bumi Negeri Selangor yang melibatkan beberapa agensi yang terlibat.
-
Berapakah bilangan pengguna di Selangor yang mendapat kebenaran menggunakan Telaga Tiub/abstrak air tanah/sungai sehingga kini terutama di Lembangan Sungai Semenyih?
Sub lembangan Sungai Semenyih terletak di dalam Lembangan Sungai Langat. Sehubungan itu, rekod pengguna yang mempunyai Lesen Abstraksi Sumber Air dengan Lembaga bagi Lembangan Sungai Langat adalah seperti berikut :
- Abstraksi air bumi – 73 premis (132 lesen)
- Abstraksi air permukaan – 74 premis (130 lesen)
-
Apakah caj-caj yang dikenakan dan sebanyak mana perolehan hasil daripada kelulusan penggunaan air bumi/air sungai yang diluluskan?
Kerajaan Negeri Selangor melalui Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Selangor pada 13 April 2005 telah membuat keputusan dalam mengenakan lesen dan caj terhadap semua pengguna air bagi tujuan komersial dan bekalan air bermula pada 1 Julai 2005 mengikut kadar yang telah ditetapkan oleh kerajaan negeri iaitu RM 0.05/m3 bagi tujuan komersial dan RM 0.01/m3 bagi tujuan utiliti awam. Caj akan dibayar berdasarkan bacaan meter.
Jumlah hasil perolehan penggunaan air bumi/air sungai yang telah diluluskan adalah seperti berikut :
TAHUN FI LESEN (RM) AIR BUMI (RM) AIR PERMUKAAN (RM) JUMLAH HASIL PEROLEHAN (RM) 2014 75,750.00 4,107,538.80 2,738,359.35 6,921,648.15 2015 77,450.00 982,635.98 821,841 1,881926.98 2016 75,765.05 494,189.43 8,962,353.29 9,532,307.77