Mesyuarat Kedua (Bajet) Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2021

26 November 2021, 29 November - 30 November 2021, 1 Disember - 3 Disember 2021 dan 6 Disember - 9 Disember 2021

199) PENGGUNA PUSAT DIALISIS RAKYAT (PDR)

Tahun: 2021

Sesi: 2

Isu: Kesihatan

Adun: Y.B. Datuk Rosni Binti Sohar

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Berapakah jumlah perbelanjaan yang telah dikeluarkan oleh Kerajaan Negeri bagi operasi pusat ini dari tahun 2019-2021?

    Untuk makluman Yang Berhormat, Pusat Dialisis Rakyat (PDR) beroperasi di bawah sebuah entiti iaitu Gedung Penawar Sdn Bhd. Matlamat utama sewaktu penubuhan PDR ini adalah untuk Merakyatkan Ekonomi Selangor seterusnya menyediakan pusat perkhidmatan dialisis yang terbaik. Walau bagaimanapun, Kerajaan Negeri tidak lagi mengadakan kerjasama dengan Gedung Penawar Sdn Bhd bagi pelaksanaan PDR ini, justeru tiada sebarang peruntukan yang disalurkan oleh Kerajaan Negeri bagi tujuan ini.

  2. Berapakah jumlah pusat PDR ini di Selangor dan berapa jumlah pesakit yang telah serta sedang menerima rawatan di PDR ini dari tahun 2018 hingga kini.

    Memandangkan Kerajaan Negeri tidak lagi mengadakan kerjasama dengan Gedung Penawar Sdn Bhd., maka Kerajaan Negeri tiada data berkaitan jumlah pesakit yang telah dan sedang menerima rawatan di Pusat Dialisis Rakyat (PDR).

Lampiran

Tiada Lampiran.