Mesyuarat Pertama Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2014

7 April - 11 April 2014 dan 14 April - 18 April 2014

7) PENGGUGURAN EXCO PKNS

Tahun: 2014

Sesi: 1

Isu: Pentadbiran

Adun: Y.B. Dato' Mohd Shamsudin Bin Lias

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Terdapat pegawai PKNS yang dipindahkan kerana isu pengguguran ADUN Bukit Antarabangsa -Apakah kedudukan sebenar EXCO PKNS tersebut ?

    Masih belum ada keputusan terhadap kedudukan sebenar EXCO PKNS tersebut kerana menunggu siasatan selesai.

  2. Apakah hak dan kedudukan pegawai PKNS yang dipindahkan tersebut ?

    Pada 20 Januari 2014, Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor yang juga Pengerusi Lembaga Tatatertib Kumpulan Pengursuan Tertinggi dan Kumpulan A dan B PKNS telah mengeluarkan surat memaklumkan bahawa Bhg. Dato’ Othman bin Haji Omar, Pengurus Besar PKNS dan Puan Hajah Norita binti Mohd. Sidek, Setiausaha Kerja PKNS telah ditempatkan secara pentadbiran di Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor berkuat kuasa mulai 20 Januari 2014.

    Penempatan secara pentadbiran ini difikirkan wajar oleh Pengerusi Lembaga Tatatertib Kumpulan Tertinggi dan Kumpulan A dan B PKNS bagi membolehkan siasatan terhadap kes-kes seperti di bawah berjalan dengan lancar:-

    1. Kes Bhg. Dato’ Othman bin Haji Omar mengeluarkan surat kepada

    Y.B. Tuan Mohamed Azmin in Ali memaklumkan mengenai tempoh jawatan beliau ditamatkan sebagai Ahli Perbadanan PKNS tanpa merujuk, mendapat kebenaran, kelulusan dan pengesahan Pengerusi PKNS.

    1. Kes Puan Hajah Norita binti Mohd. Sidek sama ada secara peribadi atau melalui wakilnya telah menyedia dan mengedarkan suatu pernyataan awam melalui email kepada pihak media mengenai kedudukan B. Tuan Mohamed Azmin bin Ali sebagai Ahli Perbadanan.

    Di samping itu, penempatan khas ini juga adalah selaras dengan tindakan yang dilaksanakan oleh Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) apabila seseorang pegawai sedang dalam proses tindakan tatatertib.

    Pegawai yang ditukarkan tidak menerima kemudahan dan elaun-elaun seperti elaun telekomunikasi, kenderaan dan pemandu serta lain-lain kemudahan yang berkaitan dengan tugas hakiki mereka sahaja.

    Mesyuarat Tatatertib Kumpulan Pengurusan Tertinggi serta Kumpulan A & B PKNS Bilangan 03/2014 pada 19 Mac 2014 telah memutuskan hukuman ‘Amaran’ kepada Puan Hajah Norita binti Mohd, Sidek dan akan menempatkan semula beliau ke PKNS berkuat kuasa mulai 1 April 2014.

    Proses tindakan tatatertib terhadap Dato’ Othman bin Haji Omar tidak dapat diteruskan kerana telah ditamatkan perkhidmatan mulai 23 Januari 2014.

Lampiran

Tiada Lampiran.