Mesyuarat Pertama Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Tahun 2012

19 Mac - 23 Mac 2012 dan 26 Mac - 27 Mac 2012

157) PENGGIAT BELIA TEMPATAN PeBT

Tahun: 2012

Sesi: 1

Isu: Kerajaan Tempatan

Adun: Y.B. Tuan Badrul Hisham Bin Abdullah

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Berapakah peruntukkan yang disalurkan kepada PeBT di setiap kawasan?

    Kerajaan Negeri memperuntukkan sebanyak RM 2,832,200.00 bagi tahun 2012 untuk perlaksanaan Program Penggerak Belia Tempatan (PeBT). Oleh yang demikian setiap zon menerima sebanyak RM 9,800.00 yang mana RM 5,000 adalah peruntukan program bagi setahun dan RM4,800 adalah elaun bulanan kepada Ahli Jawatankuasa Penggerak Belia Tempatan (PeBT)

  2. Nyatakan pecahan kaum yang menjawat jawatan di setiap kawasan.

    Sebanyak 289 Pengerusi Penggerak Belia Tempatan (PeBT) telah dilantik berdasarkan 289 Zon di seluruh Selangor. Berikut adalah pecahan berdasarkan 12 Pihak Berkuasa Tempatan

    Pihak  Berkuasa Tempatan Melayu India Cina
    Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) 22 1 1
    Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) 14 10
    Majlis Perbandaran Klang (MPK) 16 5 4
    Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) 18 3 3

     

    Majlia Perbandaran Selayang (MPS) 14 3 7
    Majlis Perbandaran  Kajang

    (MPKj)

    17 3 4
    Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) 21 3
    Majlis Perbandaran Sepang (MPSepang) 17 4 3
    Majlis Daerah Kuala Langat (MDKL) 14 5 5
    Majlis Daerah Kuala Selangor (MDKS) 18 4 1
    Majlis Daerah Hulu Selangor (MDHS) 13 5 6
    Majlis Daerah Sabak Bernam (MDSB) 18 2 4

Lampiran

Tiada Lampiran.