Mesyuarat Pertama (Pembukaan) Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Yang Keempat Belas Tahun 2022
14 Mac 2022 - 18 Mac 2022 Dan 21 Mac 2022 - 25 Mac 2022 (Isnin - Jumaat, dan Isnin - Jumaat)
122) PENGGERAK BELIA TEMPATAN (PEBT)
Tahun: 2022
Sesi: 1
Isu: Generasi Muda & Sukan
Adun: Y.B. Dato' Mohd Shamsudin Bin Lias
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Senaraikan program PeBT Majlis Perbandaran Kuala Selangor dari 2019-2021?
Program Penggerak Belia Tempatan (PeBT) pada tahun 2019 dan 2020 adalah di bawah seliaan Pihak Berkuasa Tempatan dan Unit Perancang Ekonomi Negeri (UPEN) Selangor. Pada tahun 2021, PeBT telah ditukarkan kepada Penggerak Belia Selangor (PeBS) yang diletakkan di bawah 56 Dewan Negeri dan dipantau oleh Majlis Sukan Negeri Selangor. Pada tahun 2021, sejumlah 17 program telah berjaya dilaksanakan dan maklumat adalah seperti berikut;
-
Berapakah jumlah peruntukan untuk menggerakkan PeBT setiap tahun?
Bagi tahun 2019 dan 2020, Penggerak Belia Tempatan (PeBT) di tempatkan di setiap 12 Pihak Berkuasa Tempatan di Selangor. Jumlah kewangan yang diperuntukan adalah sebanyak RM 120,000.00 setahun bagi setiap PBT merangkumi jumlah keseluruhan RM 1,440,000.00. Namun, pada tahun 2021, PeBT telah dijenamakan semula sebagai Penggerak Belia Selangor (PeBS) yang ditempatkan di setiap 56 Dewan Negeri. Jumlah peruntukan yang diberikan adalah RM 20,000.00 setahun merangkumi jumlah keseluruhan RM 1,120,000.00.