Mesyuarat Ketiga Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2014
24 November - 28 November 2014 dan 01 Disember - 05 Disember 2014
103) PENGGERAK BELIA TEMPATAN (PEBT)
Tahun: 2014
Sesi: 3
Isu: Generasi Muda & Sukan
Adun: Y.B. Tuan Mohd Khairuddin Bin Othman
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Apakah terdapat faedah-faedah yang lain selain daripada elaun bulanan kepada Pengerusi PeBT yang dilantik?
Pelantikan PeBT dibuat dalam tempoh dua (2) tahun sekali dimana Pengerusi PeBT yang dilantik telah diberikan elaun bulanan kepada Pengerusi PeBT sebanyak RM400.00 dan Pengerusi Induk PeBT sebanayak RM500.00 setiap bulan sebagai penghargaan kepada penglibatan dalam menggerakkan program- program belia di peringkat PeBT. Selain daripada itu, Kerajaan Negeri juga telah meluluskan Program Diploma Belia Dalam Kerja Pembangunan Eksekutif di bawah Program Pemerkasaan Belia dengan kelulusan peruntukan keseluruhan sebanyak RM376,000.00 bagi 40 orang peserta dengan kos sebanyak RM9,400 seorang di mana Pengerusi PeBT telah diberi peluang untuk mengikuti program tersebut. Sebanyak 12 tempat telah disediakan untuk Pengerusi PeBT mengikuti Program Diploma Belia Dalam Kerja Pembangunan (Eksekutif) tersebut.
-
Apakah terdapat cadangan kerajaan ingin memperkenalkan program seumpama Parlimen Belia yang melibatkan PeBT?
Kerajaan Negeri akan mengadakan Program Sidang DUN Anak Muda yang dijadualkan pada Disember 2014. Tujuan program ini diadakan adalah sebagaimana berikut :-
- Program ADUN Muda Selangor merupakan satu program khusus untuk mahasiswa dan mahasiswi kelahiran Selangor dan/atau yang sedang menyambung pengajian di institut-institut pengajian tinggi di Selangor, PeBT dan NGO untuk mengalami prosiding sebenar di Dewan Undangan Negeri Selangor sebagai seorang Ahli Dewan Negeri (ADUN).
- Peserta-peserta akan mempelajari prosedur dan proses penggubalan undang-undang di peringkat negeri. Mereka akan memainkan peranan sebagai seorang ADUN di dalam satu sidang Dewan Negeri untuk menyuarakan pendapat mereka tentang polisi-polisi kerajaan dan juga mencadangkan usul-usul khususnya yang memberi impak kepada golongan anak muda.
Program ADUN Muda Selangor 2013 telah diperkenalkan buat pertama kali di Dewan Negeri Selangor pada 16 – 18 Disember 2013 anjuran Pejabat Speaker dengan kerjasama Pejabat Dewan Negeri Selangor. Seramai 30 peserta dipilih daripada 265 pemohon dari seluruh Selangor dan juga negeri-negeri lain. Peserta-peserta yang terpilih telah mewakili 30 kawasan DUN dalam Dewan Negeri dan membahaskan usul-usul yang telah dirangka oleh para peserta sendiri.
-
Apakah terdapat cadangan untuk memberikan pendidikan lanjutan kepada Pengerusi yang dilantik?
Di antara program-program yang telah dijalankan bertujuan untuk memberikan Pendidikan Lanjutan kepada Pengerusi yang dilantik adalah seperti berikut :-
- Program Pengajian Pendidikan Penggerak Belia Tempatan (PeBT) Peringkat Diploma Belia Dalam Kerja Pembangunan (Eksekutif) di bawah Program Pemerkasaan Belia Tahun 2014-2015 dengan kerjasama Institut Pengajian Sains Sosial, Universiti Putra Malaysia (IPSAS,UPM) bertujuan untuk memberi ruang yang khusus kepada golongan belia bagi melanjutkan pelajaran serta dapat mengembangkan bakat kepimpinan mereka sejajar dengan hasrat Kerajaan Negeri untuk melahirkan belia berpendidikan, aktif, kreatif, sihat dan berfikiran jauh ke hadapan sebagai aset pembangunan negeri pada masa akan
- Seterusnya program Kurusu Asas Kepimpinan PeBT telah diadakan sebanyak 3 kali iaitu pada 3 dan 4 Mei 2014, 10 dan 11 Mei 2014 dan 24 dan 25 Mei 2014 bertujuan sebagaimana berikut :-
- Memberikan penerangan kepada pengerusi PeBT baru berkaitan tanggungjawab dan peranan masing-masing mengikut garis panduan yang ditetapkan oleh kerajaan Negeri Selangor;
- Mengukuhkan semangat kerjasama dan kerja berpasukan di kalangan peserta serta mengeratkan hubungan silaturahim antara pengerusi PeBT dengan pegawai-pegawai pemantau dari Jawatankuasa Tetap Belia dan Sukan, Bahagian Pembangunan Belia MSNS dan UPEN; dan
- Membentuk jati diri yang padu bermula dari dalam jiwa dan diterjemahkan dengan sikap dan akhlak murni khususnya sebagai pemimpin belia
- Program Pengucapan Awam telah diadakan pada 27 dan 28 September 2014yang bertujuan sebagaimana berikut :-
- Memberi latihan dan bimbingan bagi mengukuhkan kemahiran;
- Membentuk PeBT yang berketrampilan; dan
- Melahirkan pemimpin yang