Mesyuarat Kedua Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2020

13 Julai 2020 - 16 Julai 2020

16) PENGGERAK BELIA TEMPATAN (PEBT)

Tahun: 2020

Sesi: 2

Isu: Generasi Muda & Sukan

Adun: Y.B. Puan Wong Siew Ki

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah rancangan PeBT untuk tahun ini memandangkan aktiviti melibatkan orang ramai tidak digalakkan?

    Perlaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan yang bermula pada 18 Mac 2020 dan dilanjutkan sehingga 31 Ogos 2020 bagi mengekang penularan jangkitan Covid-19, sekaligus, telah memberi kesan kepada aktiviti-aktviti sosial termasuklah perlaksanaan program-program PeBT di setiap PBT terutamanya yang melibatkan penyertaan ramai belia.

    Sehubungan dengan itu, bagi memastikan agenda pembangunan Generasi Muda Selangor terus terlaksana, PeBT perlu bergerak ke hadapan dengan memanfaat kemudahan teknologi digital terkini seperti platform media sosial bagi menganjurkan program secara atas talian yang seiring dengan trend norma baharu pada masa ini, di samping, penekanan kepada aktiviti-aktiviti berbentuk kesukarelawanan yang mematuhi ketetapan-ketetapan ‘SOP’. Antara program-program PeBT yang dijalankan adalah seperti berikut :-

    Meskipun, kita sedang mengharungi persekitaran norma baharu, Kerajaan Negeri tetap komited menggalakkan para belia untuk kekal aktif dalam aktiviti-aktiviti berfaedah melalui penglibatan mereka dalam program sukan berbentuk ‘virtual’ yang menjadi ‘Sukan Era Baharu’ pada masa ini. Program ‘Selangor Xtiv Virtual 2020’ adalah inisiatif yang menyediakan peluang kepada perkembangan bakat-bakat baharu dan merancakkan pembangunan sukan di peringkat akar umbi. Sejak dilancarkan pada Mei hingga ke hari ini, sebanyak 85,031 penyertaan telah direkodkan, sekaligus, menunjukkan program ini terus mendapat sambutan dalam kalangan para belia. Program-program ‘Selangor Xtiv Virtual 2020’ yang dianjurkan adalah seperti berikut :-

    1. Selangor Xtiv Virtual E-Sports 2020 (SXVE20)
    2. Gelanggang Selangor Martial Arts Xtiv Virtual 2020 (SMAXV20)
    3. Selangor Xtiv Virtual Run 2020 (SXVR20)
    4. Selangor Fifa Pro Club League 2020

Lampiran

Tiada Lampiran.