Mesyuarat Pertama Penggal Keenam Dewan Negeri Selangor Tahun 2023
13 Mac 2023 - 17 Mac 2023 (Isnin - Jumaat)
95) PENGGERAK BELIA SELANGOR (PEBS)
Tahun: 2023
Sesi: 1
Isu: Generasi Muda & Sukan
Adun: Y.B. Puan Wong Siew Ki
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Sila senaraikan rancangan kerajaan untuk meningkatkan kemahiran kepimpinan ahli-ahli PeBS bagi tahun 2023.
Penggerak Belia Selangor (PeBS) yang telah dijenamakan daripada Penggerak Belia Tempatan (PeBT) pada 2020 adalah program pimpinan anak muda yang merupakan wakil Kerajaan Negeri bagi menyampai dan melaksanakan dasar-dasar Kerajaan Negeri kepada belia-belia di setiap kawasan bagi keseluruhan Negeri Selangor. Kerajaan Negeri melalui Majlis Sukan Negeri Selangor merancang program-program berdasarkan Dasar Belia Selangor 2020 yang akan digunapakai pada bermula tahun ini.
Dasar tersebut adalah seperti berikut;
- Kepimpinan dan Literasi Politik
- Hubungan Antarabangsa dan Pemikiran Global
- Keusahawanan dan Ekonomi Digital
- Pekerjaan dan Pembangunan Kemahiran
- Pendidikan
- Kebudayaan, Kreativiti dan Sukan
- Keagamaan, Kesihatan dan Kesejahteraan
- Media Digital dan Sosial
- Nasionalisme dan Patriotisme
- Keseimbangan Alam Sekitar
Berdasarkan perkara tersebut, Kerajaan Negeri merancang untuk melaksanakan kursus asas dan kursus lanjutan bagi setiap teras yang dinyatakan. Diantara kursus yang dicadangkan adalah seperti berikut:-
- Kursus Pemantapan Jati Diri Penggerak Belia Selangor
- Kursus Pengukuhan Kepimpinan Anak Muda
- Kursus Demokrasi dan Kepimpinan Belia
- Kursus Kesukarelawan & Kemasyarakatan
- Kursus Pengurusan Kewangan
- Kursus Pengurusan Komunikasi dan Digital
Kursus-kursus yang dicadangkan ini adalah untuk memastikan semua anggota Penggerak Belia Selangor (PeBS) mempunyai jati diri yang kuat dalam mendepani cabaran pada ketika ini.