Mesyuarat Ketiga Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2024
15 November 2024, 18-22 November 2024, 25-28 November 2024
190) PENGGERAK BELIA SELANGOR (PEBS)
Tahun: 2024
Sesi: 3
Isu: n/a
Adun: Y.B. Tuan Danial Al-rashid Bin Haron Aminar Rashid
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Selain penjenamaan semula PeBT kepada PeBS dan perubahan struktur, apakah perancangan kerajaan untuk mengangkat PeBS lebih tinggi?
Penggerak Belia Selangor (PeBS) atau dulu dikenali sebagai Penggerak Belia Tempatan (PeBT) telah menjangkau 16 tahun penubuhannya. Pelbagai kejayaan telah dikecapi dan ada dikalangan yang dulu terlibat dengan PeBT/PeBS telah menjadi pimpinan utama parti masing-masing. Sepanjang tempoh tersebut juga pelbagai penambahbaikan telah dilaksanakan bagi memastikan PeBS ini berjalan dengan baik.
Untuk makluman, Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) telah bersetuju dan meluluskan pindaan struktur PeBS ini pada Februari 2024. Perubahan struktur ini meliputi perkara-perkara seperti berikut;
- Penambahbaikan Tatacara Penggerak Belia Selangor (PeBS);
- Penubuhan Jawatankuasa Belia Negeri Selangor (JKBNS) yang berperanan dalam proses pencalonan dan pelantikan PeBS. Ahli-ahli JKBNS ini terdiri daripada ADUN-ADUN muda yang dipilih oleh Pengerusi Jawatankuasa Tetap Pembangunan Belia;
- Penyelarasan proses permohonan program dan tuntutan elaun; dan
- Penyelarasan domain Dasar Belia Selangor 2020 dan 10 Gaya Hidup Rakan Muda bagi program-program dilapangan.
Dengan penstrukturan yang baru ini, Kerajaan Negeri berharap PeBS yang telah dilantik ini boleh digilap sebagai pelapis pimpinan negeri pada masa akan datang. Kerajaan Negeri juga terbuka kepada sebarang cadangan khusus bagi pembangunan belia ini.
-
Peruntukan RM5,000 dilihat kecil berbanding realiti perlaksanaan, apakah perancangan untuk menaikkan peruntukan kepada nilai baru tahun hadapan?
Kerajaan Negeri sentiasa meneliti keperluan semasa masyarakat terutama dalam menyediakan peruntukan sewajarnya kepada semua agensi dan badan pelaksana di Negeri Selangor. Penggerak Belia Selangor (PeBS) adalah jentera Kerajaan Negeri dalam menggerakkan program-program belia di peringkat akar umbi. Peruntukan yang diberikan kepada semua PeBS adalah sebanyak RM5,000.00 bagi setiap zon dan RM500 elaun. Selaras dengan keputusan MMKN yang lepas, Kerajaan Negeri bersetuju untuk membuat penilaian semula kepada peruntukan yang telah diberikan pada tahun 2025 dengan cadangan penambahan yang munasabah berdasarkan kepada kedudukan kewangan semasa.