Mesyuarat Pertama Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2014
7 April - 11 April 2014 dan 14 April - 18 April 2014
196) PENGGERAK BELIA SELANGOR
Tahun: 2014
Sesi: 1
Isu: Generasi Muda & Sukan
Adun: Y.B. Tuan Budiman Bin Mohd Zohdi
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Apakah matlamat Penggerak Belia Selangor yang dilantik?
Penggerak Belia Tempatan (PeBT) ditubuhkan selaras dengan hasrat YAB Dato’ Menteri Besar Selangor dalam usaha menggerakkan program-program pembangunan belia secara menyeluruh di seluruh Negeri Selangor.
PeBT bertindak sebagai jentera pelaksana Kerajaan Negeri dalam melaksanakan dasar-dasar berkaitan pembangunan belia di peringkat akar umbi.
-
Apakah kriteria pemilihan dan bagaimana proses pemilihan?
Syarat Perlantikan Pengerusi Dan Ahli Jawatankuasa Penggerak Belia Tempatan Peringkat Zon
Seseorang yang hendak dilantik sebagai Pengerusi dan Ahli Jawatankuasa PeBT Peringkat Zon mestilah :
- Warganegara Malaysia;
- Berumur di antara 16 hingga 35 tahun semasa perlantikan dibuat;
- Boleh berkomunikasi dan menulis dalam Bahasa Melayu. Kebolehan dalam Bahasa Inggeris adalah sangat digalakkan;
- Mempunyai masa, tenaga dan bertanggungjawab dalam pembangunan
belia di kawasannya;
- Aktif dalam berpesatuan dan penduduk kampung (boleh terdiri daripada penjawat awam);
- Berkelakuan baik dan tidak mempunyai sebarang rekod jenayah;
- Timbalan Pengerusi mestilah wanita sekiranya Pengerusi terdiri daripada lelaki atau sebaliknya;
- Ahli Jawatankuasa mestilah mempunyai sekurang-kurangnya dua (2) wanita atau 30% daripada jumlah jawatan;
- Ahli keluarga atau mempunyai pertalian persaudaraan rapat dengan Pengerusi PeBT peringkat Zon tidak dibenarkan untuk dilantik sebagai Timbalan Pengerusi atau Ahli Jawatankuasa PeBT peringkat Zon tersebut; dan
- Pengerusi atau Ahli Jawatankuasa mestilah bermastautin di Zon tersebut semasa perlantikan.
TATACARA PERLANTIKAN PENGERUSI PENGGERAK PeBT PERINGKAT
ZON
ADN atau Ahli Majlis mencadangkan calon
Mendapatkan sokongan ADN atau Penyelaras Dun
Disahkan oleh YDP atau Dato
Bandar
LULUS
Dikemukakan kepada Setiausaha
Penggerak Belia Negeri
Selangor, dan disahkan oleh
Sekretariat Belia Negeri Selangor. Semakan jenayah dilakukan
Dikemukakan kepada Pengerusi
Penggerak Belia Negeri Selangor
LULUS
Tempoh percubaan selama 6
Perlantikan bagi Pengerusi yang mempunyai prestasi yang memuaskan.
- Peruntukan dana kepada PeBT negeri Selangor adalah seperti berikut:-
RM 5,000.00 x 24 zon x 12 PBT = RM 1,440,000.00 setahun
Dana disalur kepada PBT dan PBT bertanggungjawab memantau dan membantu program-program belia dibawah pentadbiran mereka.
-
Berapakah peruntukan dana bagi menggerakkan Penggerak Belia Selangor?