Mesyuarat Pertama Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2020
16 Mac 2020 - 17 Mac 2020
93) PENGGANTIAN PAIP LAMA JALAN HULU LANGAT
Tahun: 2020
Sesi: 1
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Tuan Edry Faizal Bin Eddy Yusof
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Bilakah kerajaan akan menggantikan paip-paip lama di Jalan Hulu Langat yang kerap pecah dewasa ini?
- Air Selangor telah mencadangkan beberapa jajaran paip lama di Jalan Hulu Langat untuk dimasukkan di dalam program penggantian paip lama. Kerja-kerja penggantian paip yang sedang dalam pembinaan dan dalam peringkat perancangan di Jalan Hulu Langat adalah seperti berikut:
No. Kawasan Status Terkini 1. Jalan Hulu Langat – Masjid Batu 14 hingga Simpang Semungkis Projek dalam pembinaan 2. Jalan Hulu Langat (Batu 16) – Jajaran paip bersaiz 250mm di sebelah kiri jalan Akan dianugerahkan dalam bulan Mac 2020 3. Jalan Hulu Langat (Batu 16) – Jajaran paip bersaiz 250mm di sebelah kanan jalan Akan dianugerahkan dalam bulan Mac 2020