Mesyuarat Kedua (Bajet) Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2021

26 November 2021, 29 November - 30 November 2021, 1 Disember - 3 Disember 2021 dan 6 Disember - 9 Disember 2021

46) PENGGANTIAN PAIP LAMA DAN PECAH

Tahun: 2021

Sesi: 2

Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam

Adun: Y.B. Puan Lim Yi Wei

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Senaraikan projek penggantian paip lama dan pecah dengan kosnya di bawah kawasan Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) untuk tahun 2022.

    Bagi Program Penggantian Paip Tahun 2022, Air Selangor merancang untuk merekabentuk dan melaksanakan kerja penggantian paip bagi kawasan-kawasan di bawah Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) dengan kos berjumlah RM 4.9 juta seperti berikut:

     

    Bil. Nama Jalan Kawasan Wilayah Panjang Paip (km)
    1 Jalan Harapan Ke Jalan 19/8 & Jalan SS 2/24 Seksyen 17, Seksyen 19, Sesyen 22 Petaling 0.76
    2 Jalan 5/46 Seksyen 5 Petaling Petaling 1.06
    3 Jalan SS 22/31 SS 22 Damansara Jaya Petaling 0.28
    4 Jalan SS 24/1 SS 24 Tmn Megah Petaling 1.52

Lampiran

Tiada Lampiran.