Mesyuarat Pertama Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Tahun 2017

24 Julai 2017 hingga 28 Julai 2017 dan 31 Julai 2017 hingga 04 Ogos 2017

194) PENGGANTIAN PAIP LAMA

Tahun: 2017

Sesi: 1

Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam

Adun: Y.B. Datuk Haji Johan Bin Abdul Aziz

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Penggantian paip lama seluruh negeri Selangor telah dimasukkan dalam Bajet Negeri 2017. Mohon nyatakan kawasan-kawasan yang paip lamanya perlu diganti mengikut PBT.

    Senarai projek-projek penggantian paip yang akan dilaksanakan oleh Kerajaan Negeri pada tahun 2016 hingga 2019 mengikut kawasan Pihak Berkuasa Tempatan adalah seperti berikut:-

  2. Ingin tahu, anggaran panjang (km) paip lama yang akan diganti dan kosnya sepanjang tahun 2017-2018 berserta nama-nama syarikat/kontraktor dan syarikat perunding yang telah dipilih

    Pada tahun 2016, projek penggantian paip melibatkan paip sepanjang 144.5 km di 23 kawasan dengan anggaran kos berjumlah RM125.3 juta.

    Bagi tahun 2017, anggaran panjang paip yang akan digantikan adalah sepanjang 167 km di 34 kawasan dengan kos anggaran berjumlah RM142.6 juta.

    Pada tahun 2018, baki 27 lagi kawasan dengan paip sepanjang 110 km dan anggaran kos sebanyak RM95.2 juta akan menjalani penggantian paip.

     

    Kesemua kerja reka bentuk projek penggantian paip untuk tahun 2017 dan 2018 sedang disempurnakan dan projek-projek ini akan di tender tidak lama lagi. Kontraktor-kontraktor dijangka akan dilantik pada bulan Julai 2017.

    Senarai jurutera perunding yang telah dilantik adalah seperti berikut :

    1. Ghazali & Associates Sdn Bhd – Pakej 6,7,9
    2. Angkasa Consulting Services Sdn Bhd – Pakej 8, 14,15
    3. Ranhill Consulting Sdn Bhd – Pakej 10,11
    4. PZK Sdn Bhd – Pakej 12,13

Lampiran

Tiada Lampiran.