Mesyuarat Kedua Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2016
01 Ogos 2016 - 02 Ogos 2016
51) PENGGANTIAN PAIP DI NEGERI SELANGOR
Tahun: 2016
Sesi: 2
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Tuan Rajiv A/l Rishyakaran
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Sila butirkan semua projek penggantian paip di Negeri Selangor, bersama dengan panjang paip yang akan ditukar serta kos projek masing-masing
Untuk tahun 2016, Air Selangor akan melaksanakan projek penggantian paip air bagi 12 kawasan kritikal yang sering mengalami gangguan bekalan air akibat paip pecah atau bocor. Kawasan-kawasan yang telah dikenal pasti oleh Air Selangor untuk dilaksanakan program penggantian paip lama pada tahun 2016 adalah seperti berikut :
Semua 12 projek penggantian paip lama, seperti yang tersenarai di atas, akan bermula mulai Ogos 2016 secara berperingkat dan dijangka akan dapat disiapkan secara berperingkat menjelang Disember 2017.
Projek penggantian paip lama ini akan memberikan faedah kepada 11.934 akaun yang melibatkan hampir 47,700 pengguna di kawasan-kawasan yang terlibat.
-
Berapakah peruntukan Kerajaan Negeri untuk projek penggantian paip di pada tahun 2016?
Berdasarkan perancangan Air Selangor bagi Projek Penggantian Paip Di Negeri Selangor Untuk Tahun 2016 / 2017, dianggarkan sejumlah RM338.0 juta diperlukan untuk menampung keseluruhan pelaksanaan projek ini. Jadual pelaksanaan projek adalah seperti berikut:
Tahun Perancangan Kerja 2016 Kerja Reka Bentuk dan Pelaksanaan Kerja Penggantian di 12 kawasan hotspot untuk 59.52 km 2016 / 2017 Kerja Reka Bentuk dan Pelaksanaan Kerja Penggantian di 11 kawasan hotspot untuk 84.98 km 2016 Kerja Reka Bentuk bagi 61 kawasan hotspot 2017 Pelaksanaan Kerja Penggantian 61 kawasan hotspot yang dijangka siap Mac 2018 -
Adakah Pengurusan Air Selangor Sdn. Bhd. atau SYABAS mempunyai kapasiti untuk melaksanakan projek penggantian paip bernilai RM500 juta ke atas jika peruntukan kewangan ada?
Air Selangor mempunyai kepakaran dan pengalaman untuk melaksanakan projek penggantian paip di seluruh Selangor. Dengan bantuan jurutera perunding tempatan, juruukur berlesen tempatan dan juga bilangan kontraktor berkelayakan yang sangat berminat untuk melakukan kerja bersama-sama Air Selangor, Air Selangor yakin dapat melaksanakan lebih banyak projek penggantian paip air lama dengan efisien dan efektif.
Dengan bantuan kewangan yang bakal dinikmati oleh Air Selangor menerusi PAAB, dan setelah Pelan Perniagaan 3 Tahun diluluskan oleh SPAN, Air Selangor yakin program penggantian paip akan dapat ditingkatkan lagi ke tahap yang lebih tinggi.