Mesyuarat Pertama Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2024
4) PENGGANTIAN PAIP AIR LAMA
Tahun: 2024
Sesi: 1
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Puan Pua Pei Ling
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Apakah usaha dan perancangan kerajaan untuk mengatasi masalah tekanan air rendah dan kebocoran paip air lama di sekitar kawasan Taman Ehsan dan Desa Jaya?
Cadangan pelaksanaan bagi program penggantian paip di kawasan Taman Ehsan dan Desa Jaya sedang dalam peringkat awal reka bentuk oleh konsultan yang dilantik oleh Air Selangor dan dijangka bermula pada suku keempat bagi tahun 2024.
-
Sila senaraikan projek penggantian paip air bermula tahun 2018 hingga kini di bawah Dun Bukit Lanjan dan jumlah peruntukkan yang terlibat.
Senarai projek penggantian paip bagi DUN Bukit Lanjan yang telah dianugerahkan bermula dari tahun 2018 adalah seperti berikut:
No Pakej
Nama Jalan
Kawasan
Wilayah Air Selangor
Panjang Paip (km)
Status (31 Januari 2024)
1 10
FRIM Kepong Gombak
FRIM Kepong Gombak
Gombak
7.90
Siap dilaksanakan 2 23
Jalan SJ 24
Taman Selayang Jaya
Gombak
0.48
Siap dilaksanakan 3 53
Jalan Taman Selayang Jaya
Taman Selayang Jaya
Gombak
11.24
Dalam pembinaan (66%) 4 60
Jalan SU 40
Taman Selayang Utama
Gombak
0.46
Dalam pembinaan (86%) Jumlah peruntukan bagi kerja-kerja penggantian paip di atas adalah dianggarkan sebanyak RM17 Juta.
-
Senaraikan kerja-kerja terjadual bagi kerja-kerja penggantian paip air bagi tahun 2024 di Dun Bukit Lanjan.
Air Selangor dalam fasa perancangan bagi melaksanakan kerja-kerja penggantian paip di kawasan-kawasan berikut:
No Nama Jalan
Kawasan
Wilayah Air Selangor
Panjang Paip (km)
1 Jalan SJ 20
Taman Selayang Jaya
Gombak
0.34
2 Jalan SJ 30
Taman Selayang Jaya
Gombak
0.27
3 Jalan SJ 21
Taman Selayang Jaya Gombak 0.20
4 Jalan SJ 7
Taman Selayang Jaya Gombak 0.49