Mesyuarat Ketiga Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Tahun 2018
23 – 30 November 2018 dan 3 – 5 Disember 2018
254) PENGGANTIAN CUKAI GST KEPADA SST
Tahun: 2018
Sesi: 3
Isu: Kewangan & Ekonomi
Adun: Y.B. Datuk Rizam Bin Ismail
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Apakah kesan penggantian cukai GST kepada SST kepada Kerajaan Negeri Selangor?
Seperti mana sedia maklum, Kerajaan Persekutuan menerusi Parlimen Malaysia telah meluluskan pemansuhan Cukai Barangan Dan Perkhidmatan (GST) menerusi Akta Cukai Barangan Dan Perkhidmatan (Pemansuhan) 2018. Selanjutnya, Kerajaan Persekutuan memutuskan untuk melaksanakan Cukai Jualan Dan Cukai Perkhidmatan (SST) bagi menggantikan cukai GST mulai 1 September 2018 berdasarkan Akta Cukai Jualan 2018 (Akta 806) dan Akta Cukai Perkhidmatan 2018 (Akta 807).
Secara amnya, Kerajaan Negeri menerima kesan yang amat positif susulan dengan pemansuhan cukai GST dan pengenalan cukai SST. Kesan yang positif ini dapat dilihat secara perbandingan menerusi kenaan dan pengecualian cukai output terhadap perolehan kerajaan semasa era GST dan selepas pelaksanaan cukai SST seperti berikut:-
Selain dari itu, agensi Kerajaan Negeri seperti Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) tidak lagi berkewajipan dari segi undang-undang untuk mendaftar dengan Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) sebagai agen kutipan cukai input. Malah, agensi- agensi ini turut diberi layanan kenaan dan pengecualian cukai output yang serupa dengan Jabatan Negeri.
Secara ringkasnya, Kerajaan Negeri mendapat manfaat dari pengecualian cukai yang lebih luas menerusi pelaksanaan cukai SST berikutan pembelian barangan (supply) layak mendapat pengecualian menerusi Sijil Di Bawah Perintah Cukai Jualan (Orang Yang Dikecualikan Daripada Pembayaran Cukai) 2018 manakala perolehan kerja (works) dikecualikan terus dari skop percukaian. Layanan kenaan dan pengecualian cukai ini dijangka menjimatkan peruntukan Kerajaan Negeri kira- kira RM 80 juta setahun berbanding era pelaksanaan GST.
-
Berapakah jumlah kehilangan yang ditanggung oleh penggantian cukai tersebut kepada Kerajaan Negeri.
Berdasarkan kepada fakta dan keterangan di atas, Kerajaan Negeri tidak menanggung sebarang kehilangan atau kerugian dari pelaksanaan cukai SST malah mendapat manfaat jangka panjang yang amat signifikan menerusi penjimatan dalam perolehan kerajaan.