Mesyuarat Ketiga Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Tahun 2017
3 November 2017, 06 November hingga 10 November 2017 dan 13 November hingga 16 November 2017
278) PENGGANTI KELAPA MATAG
Tahun: 2017
Sesi: 3
Isu: Industri Asas Tani
Adun: Y.B. Tuan Jakiran Bin Jacomah
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Jabatan Pertanian Negeri sedar akan kesukaran mendapatkan bekalan benih kelapa matag, oleh itu apakah langkah lain yang akan diambil oleh jabatan untuk memperkenalkan baka benih kelapa lain kepada pekebun kelapa selain dari kelapa pandan?
Fungsi pengeluaran benih kelapa diletakkan di bawah Jabatan Pertanian Persekutuan manakala Jabatan Pertanian Negeri berperanan dalam mengembangkan industri. Kekurangan benih kelapa terutama sekali kelapa matag menjadi masalah kerana bekalan yang diperlukan di Selangor adalah sekitar 20,000 biji setahun tetapi bekalan yang diperolehi hanya 5,000 biji.
Berkenaan dengan pengenalan beberapa baka benih kelapa lain selain Pandan, Jabatan Pertanian Selangor hanya akan mengesyorkan baka kelapa yang telah disahkan oleh Bahagian Kawalan Kualiti Tumbuhan (BKKT), Jabatan Pertanian Malaysia. Terdapat baka-baka yang masih di peringkat penilaian seperti baka SGG. Jabatan Pertanian Selangor tidak akan keberatan mengesyorkan baka seperti SGG setelah baka ini disahkan dan diluluskan oleh BKKT untuk ditanam.