Mesyuarat Ketiga Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Tahun 2018
23 – 30 November 2018 dan 3 – 5 Disember 2018
94) PENGESAHAN PENDAPATAN
Tahun: 2018
Sesi: 3
Isu: Kewangan & Ekonomi
Adun: Y.B. Tuan Edry Faizal Bin Eddy Yusof
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Bagi permohonan KISS dan Kad Peduli Sihat, apakah Kerajaan Negeri ada mempertimbangkan penggunaan penyata bank (bank statement) pemohon sebagai cara pembuktian pendapatan agar lebih telus?
Buat masa ini, pengesahan bagi permohonan program Kasih Ibu Smart Selangor (KISS) adalah melalui Borang Pendaftaran Kasih Ibu Smart Selangor (KISS) dan disahkan oleh Ahli-Ahli Yang Berhormat DUN masing-masing. Walau bagaimanapun, Kerajaan Negeri akan mempertimbangkan dan menyambut baik sekiranya terdapat cadangan penggunaan penyata bank atau lain-lain cadangan yang bersesuaian mengikut keperluan serta kebertanggungjawaban pemohon untuk telus dalam memberikan maklumat diri kepada setiap permohonan program bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Negeri.