Mesyuarat Pertama Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2020
16 Mac 2020 - 17 Mac 2020
151) PENGERUSI MPKK
Tahun: 2020
Sesi: 1
Isu: Pentadbiran
Adun: Y.B. Tuan Zakaria Bin Hanafi
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Nyatakan garis panduan untuk menilai prestasi dan lantikan pengerusi MPKK?
Pada masa ini, garis panduan untuk menilai prestasi dan perihal perkhidmatan dan lantikan Ketua Kampung/ Pengerusi Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) adalah menggunapakai Garis Panduan, Dasar dan Tatacara, Peraturan Mengenai Pelantikan dan Perkhidmatan Ketua Kampung Tradisi Serta Urusan Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) Negeri Selangor tahun 2019 dan juga keputusan Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) yang berkuatkuasa pada sesuatu masa. Kuasa dan urusan pelantikan Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) kekal di bawah Kerajaan Negeri manakala dasar dan tatacara pengurusan MPKK dikawalselia oleh Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB).
-
Nyatakan program yang telah dilakukan oleh MPKK dan keberkesanan program tersebut kepada masyarakat di dalam kawasan DUN Semenyih?
Berdasarkan rekod di Pejabat Daerah dan Tanah Hulu Langat, sebanyak 21 MPKK Kampung Tradisi didaftarkan di bawah DUN Semenyih melibatkan Mukim Semenyih dan Mukim Beranang. Sejumlah 292 program telah dilaksanakan oleh MPKK yang mana 46 daripadanya telah diadakan secara gotong royong perdana, sambutan perayaan, sumbangan barangan dapur, dan sebagainya. Melalui program – program yang dijalankan, kerjasama dan ukhuwah di antara masyarakat setempat dapat dieratkan demi mewujudkan suasana kampung yang harmoni di samping memperkukuhkan institusi kampung itu sendiri. Walaupun program dilaksanakan di dalam skala kecil dengan kos yang rendah, namun setiap program telah memberikan kesan yang baik dalam mewujudkan hubungan di antara masyarakat setempat. Program – program yang dilaksanakan juga telah memberikan nilai tambah dari aspek ilmu pengetahuan melalui perkongsian dalam bidang keusahawanan, kursus fardhu kifayah, bual bicara dan sebagainya.