Mesyuarat Kedua Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Tahun 2008

21 Mei hingga 22 Mei 2008, 24 Mei dan 26 Mei 2008

53) PENGENDALIAN SUMBER-SUMBER AIR

Tahun: 2008

Sesi: 2

Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam

Adun: Y.B. Puan Gan Pei Nei

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Berapakah jumlah kos yang diperuntukkan oleh kerajaan negeri dalam empat tahun yang lepas untuk membersihkan sumber-sumber air dalam negeri Selangor dan senaraikan butir-butir projek tersebut. (Nama syarikat, lokasi, tempoh, jumlah nilai kontrak)

    Sehingga tahun 2007, sebanyak 19 perangkap sampah telah dipasang dan
    diselenggara oleh Jabatan Pengairan dan Saliran di sungai-sungai utama serta
    anak sungai di negeri Selangor. Walau bagaimanapun, peruntukan yang
    digunakan sehingga 2007 ialah merupakan peruntukan daripada Kerajaan
    Persekutuan sebanyak RM 5.7 juta dan ia tidak melibatkan peruntukanKerajaan
    Negeri. Jumlah peruntukan yang telah digunakan dalam tempoh (4) empat
    tahun yang lepas adalah seperti berikut :
    Tahun Peruntukan Pengurusan Sungai
    (RM)
    2004 1.1 iuta
    2005 1.0juta
    2006 1.8 iuta
    2007 1.8 iuta
    Jumlah 5.7 juta
    Maklumat Tambahan :
    Lokasi perangkap sampah di negeri Selangor di bawah penyelenggaraan JPS
    ialah seperti berikut :
    —-
    Bil Daerah Nama Sungai Lokasi
    A Petaling 1. Sungai Damansara U/ST.T.D.I. Jaya
    2. Sungai Klang Seksyen24
    3. Sungai Penchala Kuala
    B Hulu Langat 1. Sungai Long Kuala
    2. pt. Utama Semenyih Kuala
    3. SungaiAir Hitam Tasik Cempaka
    C Gombak 1. Sungai Sembah Kuala
    2. Sungai Gombak Kg. Kerdas
    3. Sungai Batu Batu Caves
    4. Sungai Klang Kg. KualaAmpang
    D. Sepang 1. Sungai Langat Bukit Tampoi
    2. Sungai Langat Jenderam
    3. Sungai Semenyih Intake SYABAS
    4. SungaiLabu Kuala
    5. Sungai Semarang
    E Kuala Selangor 1. SungaiSelangor Kg. Rantau Panjang
    2. Sungai Buloh Kg. Ijok
    F Klang 1. Sungai Klang Jalan Harper
    G Kuala Langat 1. Sungai Langat Labuhan Dagang

  2. Berapakah jumlah kos yang digunakan oleh kerajaan negeri dalam empat tahun yang lepas untuk membesarkan sumber-sumber air dalam negeri Selangor dan senaraikan butir-butir projek tersebut. (Nama syarikat, lokasi, tempoh, jumlah nilai kontrak)

    Kerajaan Negeri Selangor melalui projek-projek Rancangan Tebatan Banjir
    (RTB)telah memperuntukkan sebanyak RM642.2 juta sepanjang 4 tahun yang
    lepas. Perincian ialah seperti berikut :-
    * Nota: Peruntukanadalah daripada KerajaanNegeri Selangor
    Komponen-komponen Projek RTB antara lain ialah merangkumi skop-skop kerja
    seperti mendalamkan sungai, pelebaran sungai, pembinaan benteng sungai,
    pembinaan rumah pam dan pengalihan halangan-halangan sungai dan tidak
    secara khususnya bagi tujuan membesarkan sungai sahaja.
    Maklumat Tambahan :
    Kerajaan negeri Selangor melalui Pasukan Petugas SumberAir Alternatif Untuk
    Bekalan Air di Negeri Selangor telah ditubuhkan sejak tahun 2005. Pasukan
    Petugas ini dipengerusikan oleh EXeO Infrastruktur dan Kemudahan Awam
    Negeri Selangor dan pihak LUAS sebagai urus setia. Objektif utamanya ialah
    untuk mengenal pasti kolam, tasik, bekas 10mbong dan juga sumber air bawah
    tanah yang sesuai untuk dibangunkan sebagai sumber air alternatif bagi bekalan
    dan seterusnya merangka Pelan Tindakan bagi pengurusansumber air alternatif
    tersebut. Tiada peruntukan khas disediakan.

  3. Apakah langkah-Iangkah untuk memulihara dan memelihara sumber-sumber air untuk jangka masa dan jangka panjang?

    Langkah-Iangkah untuk memulihara dan memelihara sumber-sumber air untuk
    jangka masa pendek :
    1.1. Pemantauan dan penguatkuasaan bersepadu yang dilaksanakan melalui
    Jawatankuasa-jawatankuasa yang telah ditubuhkan oleh LUAS.
    Jawatankuasa tersebut ialah Jawatankuasa Pengurusan Lembangan
    Sungai dan Pasukan Petugas Pengawalan Pencemaran (Sungai
    Selangor, Sungai Langat dan Sungai Klang). Ahli Jawatankuasa adalah
    terdiri daripada agensi-agensi teknikal, PBT, PTD, pihak konsesi dan
    pihak berkepentingan lain yang berkaitan. Isu-isu yang dipantau untuk
    tindakan bersepadu oleh Jawatankuasa termasuklah masalah
    pencemaran daripada aktiviti ke~a tanah, pengorekan pasir, penternakan
    haiwan. Loji kumbahan, pembuangan sampah haram dll. Jumlah isu-isu
    pencemaranyang telah berjaya diselesaikanialah 141.
    – — – – – —
    Tahun Peruntukan Pengurusan Sungai
    (RM)
    2004 6.4 iuta
    2005 13.7juta
    2006 22.6 juta
    2007 21.5 iuta
    Jumlah 64.2 juta
    1.2. Pemantauan dan penguatkuasaan melalui Jawatankuasa kecemasan
    Pencemaran Sumber Air. Ini adalah termasuk kes kecemasan
    pencemaran sumber air seperti kemalangan kenderaan yang
    mengakibatkan tumpahan minyakke dalam sungai.
    1.3. Pemantauan aktiviti-aktivitiyang menyumbang kepada pencemaran
    sumber air secara berkala yang dijalankan setiap minggu dan juga
    lawatan tapak secara mengejut.
    1.4. Pelaksanaan skim caj dan pelesenan abstraksi air bumi dan air
    permukaan bagi tujuan komersialdan bekalan airtelah dilaksanakan oleh
    LUASsejak 1 julai 2005. Kadar caj yang dikenakan ialah RMO.01/m3
    untuktujuan bekalan air dan RM0.05/m3 untuk komersial.Iniadalah bagi
    memastikan sumber air di Negeri Selangor inidigunakan secara terkawal
    dan mampan di samping mengelakkan masalah alam sekitar seperti
    pemendapan tanah dan penerobosan air masin. Hasil kutipan caj
    digunakan untuk perlindungan air daripada pencemaran, peningkatan
    dan pembaikan kualiti air serta pemuliharaan selaras dengan Seksyen
    41, Enakmen LUAS1999.
    Langkah-Iangkah untuk Memulihara dan Memelihara sumber-sumber Air untuk
    jangka masa panjang :
    2.1. Penyediaan peraturan-peraturan Bahan Pencemar, Navigasi dan
    Abstraksi AirLUAS2008. Iniialah bagi melengkapkan lagi pelaksanaan
    penguatkuasaan di tapak dengan mengambil tindakan perundangan
    sama ada pengkompaunan dan tindakan mahkamah.
    2.2. Penyediaan ‘State of The River Report’ untuk Sungai Selangor dan yang
    diterbitkan setiap dwitahunan sejak tahun 2006. la mengandungi
    maklumatdan data-data terkinimengenai lembangan sungai terutamanya
    dari aspek pengurusan kuantiti dan kualitinya. la juga melibatkan
    program-programltindakan pemantauan dan penguatkuasaan secara
    bersepadu yang dijalankan bagi pengawalan pencemaran sungai.
    Laporan tersebut akan direplikasiuntukSungai Langat dan Sungai Klang
    2.3. Penganjuran aktiviti kesedaran awam dengan melibatkan komuniti
    setempat dan pihak berkepentingan bagi memberi pendedahan akan
    kepentingan pemeliharaan sumber air dan alam sekitar. Antara aktiviti
    yang telah dan akan dijalankanoleh LUASialah seperti :
    a) Program Pembersihan Pantai dan Kempen Tanam Pokok di
    Pantai Kelanang KualaLangat.
    b) Program HariBumi2008
    c) Program Bioindikatordan
    d) Program Qua-Qua yang melibatkan komunitidan pelajar sekolah
    dalam pemantauan kualitiairsungai.

Lampiran

Tiada Lampiran.