Mesyuarat Kedua Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2016
01 Ogos 2016 - 02 Ogos 2016
38) PENGENDALIAN SISA PEPEJAL
Tahun: 2016
Sesi: 2
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Puan Yeo Bee Yin
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Berapakah peratus kitar semula untuk sisa pepejal di Negeri Selangor?
Perincian peratus kitar semula untuk sisa pepejal di Negeri Selangor mengikut Pihak Berkuasa Tempatan adalah seperti berikut:-
Bil. PBT % Pencapaian Kitar Semula Catatan 1. MBSA 5.5 Peratusan adalah berdasarkan hasil barang kitar semula yang diperolehi oleh Pengusaha Kitar Semula PBT dalam tempoh sebulan dan jumlah pelupusan sampah setiap PBT 2. MPAJ 7.5 3. MPSJ 18.3 4. MPS 2.45 5. MDKL 5 6. MDHS 5 7. MDKS 3 8. MDSB 1.20 Nota : MBPJ, MPK, MPKJ dan MPSP tidak mengemukakan maklumat peratusan
-
Apakah perancangan Kerajaan Negeri dalam melaksanakan pengasingan sisa serta menggalakkan industri kitar semula?
Kerajaan Negeri telah melaksanakan projek perintis kitar semula dilaksanakan bagi kajian pengasingan sampah isi rumah di empat (4) buah PBT (MBPJ/MPKj/MPAJ/MDHS) pada bulan Disember 2015 yang dilaksanakan secara kerjasama dengan Tetuan P.E Research Sdn. Bhd. dan seterusnya Kerajaan Negeri melalui Jawatankuasa Tetap Kerajaan Tempatan telah memutuskan MBSA dan MBPJ untuk bekerjasama dengan Tetuan P.E Research Sdn. Bhd. bagi merancang dan merangka pelan tindakan kitar semula dan pengurangan sisa pejal di punca di mana perkara ini di jangka akan di bentangkan kepada Kerajaan Negeri pada hujung tahun 2016.
-
Apakah perkembangan enakmen sisa pepejal Negeri Selangor?
Enakmen Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam Negeri Selangor sedang di semak semula berdasarkan kelulusan dasar baru dengan pewujudan Projek Management Company (PMC) bagi pengurusan sisa pepejal dan juga isu-isu berkaitan kitar semula (Contoh: Dasar Larangan Penggunaan Polistrina dan Beg Plastik) dan lain- lain.