Mesyuarat Kedua Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Tahun 2013
28 Jun 2013, 01 Julai - 05 Julai 2013 dan 08 Julai 2013
29) PENGENDALIAN SAMPAH
Tahun: 2013
Sesi: 2
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Tuan Ng Sze Han
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Sila nyatakan berapa tahun lagi negeri masih akan menggunakan kaedah tapak pelupusan sampah.
Kerajaan Negeri tidak merancang untuk membuka kawasan tapak pelupusan sampah baru kerana faktor tanah yang terhad. Dalam pada itu, Kerajaan Negeri sedang mengkaji dan meneroka teknologi baru sebagai altenatif untuk mengurangkan kebergantungan kepada tapak pelupusan sampah. Setakat ini, jangka hayat tapak pelupusan sampah sedia ada adalah seperti di Lampiran 1.
Lampiran 1
Tapak Pelupusan Kapasiti Tahun Operasi Jangka hayat Kendalian Tapak Pelupusan Sanitari Jeram,
Kuala Selangor
2700 tan/hari 2007 Sehingga Disember 2016 Worldwide Holdings Berhad
Tapak Pelupusan Sanitari Tanjong Duabelas,Kuala Langat.
400 tan/hari 2010 Sehingga tahun 2050 Worldwide Holdings Berhad
Transfer Station Seksyen 21, Shah
Alam
1200 tan/hari 2007 Konsesi Selama 25 Tahun
Worldwide Holdings Berhad
Tapak Pelupusan Sisa Lengai
Dengkil
200 tan/hari 2004 Konsesi selama 20 tahun Worldwide Holdings Berhad. Tapak Pelupusan Sisa Lengai
Kuang
120 tan/hari 2007 Konsesi selama 20 tahun Worldwide Holdings Berhad. Tapak Pelupusan Sisa Lengai Sg. Kertas
20 tan/hari 2011 Konsesi selama 10 tahun Worldwide Holdings Berhad. Tapak Pelupusan Secara Terbuka Bukit Beruntong
100-120 tan/sehari 2007 Sehingga tahun 2018 Majlis Daerah Hulu Selangor Tapak Pelupusan Secara Terbuka
Sungai Sabai
80-100 tan/sehari 2001 Sehingga tahun 2018 Majlis Daerah Hulu Selangor Tapak Pelupusan Secara Terbuka
Panchang Bedena
60 tan/sehari 1984 Sehingga tahun 2023 Majlis Daerah Sabak Bernam ***sumber: Worldwide Holdings Berhad & PBT
-
Apakah rancangan negeri selepas kapasiti tapak pelupusan sampah tidak cukup untuk menampung sampah yang semakin tambah?
Kerajaan Negeri sedang melihat dan mengkaji secara terperinci mengenai sistem terkini pelupusan untuk dibangunkan. Memandangkan kos pembangunan yang terlalu tinggi bagi sistem berteknologi tinggi seperti loji incinerator dan seumpamanya, Kerajaan Negeri telah melihat opsyen-opsyen kaedah pelupusan lain seperti loji MRF serta pengkomposan. Namun begitu keperluan tapak pelupusan sanitari amat penting kerana kaedah ini masih memerlukan pembuangan terakhir selepas diproses. Kerajaan Negeri juga melihat bahawa tapak pelupusan sedia ada mungkin akan diperluaskan bagi menampung kadar penghasilan sisa pepejal yang semakin meningkat.
-
Sila nyatakan apakah rancangan negeri untuk mengamalkan konsep baru untuk pengelolaan sampah domestik seperti pembahagian sampah berdasarkan jenisnya?
Kerajaan Negeri sentiasa memandang serius bagi memastikan pembuangan sampah berkurangan dan dapat mewujudkan alam sekitar yang bersih dan hijau. Dengan itu Kerajaan Negeri telah melakukan pelbagai program antaranya ialah “Kempen Kitar Semula” bagi memberi kesedaran kepada orang ramai mengenai kepentingan menjaga alam semula sekitar. Program ‘3R’ (reuse, reduce, recycle) juga diperkenalkan kepada semua pihak di semua peringkat punca bagi mengurangkan pembuangan sisa pepejal dan program “Hari Tanpa Beg Plastik” yang dilaksanakan pada setiap hari Jumaat bagi bangunan-bangunan kerajaan dan pada setiap hari Sabtu dilaksanakan diseluruh pasaraya-pasaraya di Negeri Selangor.