Mesyuarat Kedua Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2024

04 Julai - 05 Julai 2024, 09 Julai - 12 Julai 2024 & 15 Julai - 18 Julai 2024 (Khamis - Jumaat, Selasa - Jumaat & Isnin - Khamis)

220) PENGENDALIAN JENTERA BERAT PERTANIAN

Tahun: 2024

Sesi: 2

Isu: Industri Asas Tani

Adun: Y.B. Tuan Jefri Bin Mejan

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Apakah inisiatif Kerajaan Negeri untuk menggalakkan rakyat tempatan menguasai pengendalian jentera berat dalam bidang pertanian yang ketika ini didominasi warga asing?

    Inisiatif Kerajaan Negeri untuk menggalakan rakyat tempatan menguasai pengendalian jentera berat dalam bidang pertanian ialah dengan menyediakan kursus kejenteraan pertanian yang moden di Pusat Pertanian Tanjung Karang tidak hanya melibatkan pengendalian jentera malah kursus dan latihan mengendalikan dron pertanian, penggunaan Smart Farming seperti Internet Of Thing (IOT), penggunaan tenaga solar serta penggunaan teknologi terkini melalui rakan strategik Jabatan Pertanian dimana segala kos bahan dan tenaga pengajar di tanggung oleh pihak Jabatan.

  2. Apakah mekanisme yang diambil Kerajaan Negeri untuk mempromosikan atau memberikan latihan kepada golongan belia bagi memastikan kemahiran pengendalian jentera pertanian ini dapat diteruskan?

    Mekanisma dalam mempromosikan latihan kejenteraan pertanian kepada golongan belia adalah dengan sistem pengajaran berbentuk TVET dan pemberian Lesen Jentera Berat (H dan I ) kepada pelajar yang lulus (Ujian JPJ) dan berjaya menamatkan kursus selama 6 bulan.

Lampiran

Tiada Lampiran.